Connect with us

Antarabangsa

AS kecam Israel benarkan penempatan peneroka Yahudi di Tebing Barat

Pentadbiran Joe Biden mengecam Israel berhubung perintah yang membenarkan peneroka Yahudi untuk berada secara tetap di sebuah pos di Tebing Barat walaupun Washington sudah memberi amaran perkara itu harus dielakkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS kecam Israel benarkan penempatan peneroka Yahudi di Tebing Barat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pentadbiran Joe Biden mengecam Israel berhubung perintah yang membenarkan peneroka Yahudi untuk berada secara tetap di sebuah pos di Tebing Barat walaupun Washington sudah memberi amaran perkara itu harus dielakkan.
  • Khamis lalu, Ketua Komando Pusat tentera Israel menandatangani perintah yang membenarkan warga Israel memasuki kawasan pos Homesh, sekali gus membuka jalan untuk penempatan rasmi dibina di sana.
  • Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berulang kali menggesa Israel untuk mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang akan meningkatkan ketegangan dengan rakyat Palestin, seperti memformalkan pos pendatang dan memberi amaran khusus mengenai Homesh.
  • “Ruang suci itu tidak seharusnya digunakan untuk tujuan politik, dan kami menyeru semua pihak untuk menghormati kesuciannya,” katanya, yang menegaskan pendirian AS bahawa status quo harus dikekalkan di tapak suci Baitulmaqdis.

WASHINGTON: Pentadbiran Joe Biden mengecam Israel berhubung perintah yang membenarkan peneroka Yahudi untuk berada secara tetap di sebuah pos di Tebing Barat walaupun Washington sudah memberi amaran perkara itu harus dielakkan.

Khamis lalu, Ketua Komando Pusat tentera Israel menandatangani perintah yang membenarkan warga Israel memasuki kawasan pos Homesh, sekali gus membuka jalan untuk penempatan rasmi dibina di sana.

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) berulang kali menggesa Israel untuk mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang akan meningkatkan ketegangan dengan rakyat Palestin, seperti memformalkan pos pendatang dan memberi amaran khusus mengenai Homesh.

Jurucakapnya, Matthew Miller dalam satu kenyataan, semalam, berkata pihaknya amat terganggu dengan arahan Israel yang membenarkan rakyatnya mewujudkan kehadiran secara tetap di pos Homesh di utara Tebing Barat, yang menurut undang-undang Israel dibina secara haram di atas tanah persendirian Palestin.

Perintah itu tidak konsisten dengan komitmen kerajaan Israel yang dibuat pada 2004 dan baru-baru ini kepada pegawai pentadbiran Biden, katanya.

Kritikan itu berlaku selepas peningkatan keganasan antara Israel dan Palestin berlarutan selama berbulan-bulan dan menguji hubungan antara Washington dan sekutu utamanya di Asia Barat.

Terdahulu, semalam, Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menjadi sebahagian daripada kerajaan sayap kanan yang berkuasa pada Disember lalu, melawat pekarangan masjid Al-Aqsa dan mengisytiharkan Israel “berkuasa.”

Miller berkata Washington juga bimbang mengenai “lawatan provokatif” dan “mengiringi retorik yang mengapi-apikan.”

“Ruang suci itu tidak seharusnya digunakan untuk tujuan politik, dan kami menyeru semua pihak untuk menghormati kesuciannya,” katanya, yang menegaskan pendirian AS bahawa status quo harus dikekalkan di tapak suci Baitulmaqdis.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *