Antarabangsa
AS, rejim aparteid Israel bersubahat lakukan jenayah ke atas Palestin – Presiden Iran
Presiden Iran, Ebrahim Raeisi telah melakukan tindakan mengutuk pihak Barat yang menyokong tindakan-tindakan jenayah yang dilakukan rejim aparteid Israel terhadap warga Palestin.
- Presiden Iran, Ebrahim Raeisi melakukan tindakan mengutuk pihak Barat yang menyokong tindakan-tindakan jenayah dilakukan rejim aparteid Israel terhadap warga Palestin.
- Kutukan tersebut telah dibuat menerusi sebuah pesanan yang diterbitkan pada hari Selasa bersempena dengan ulangtahun peringatan peristiwa Nakba yang ke-75.
- Pesanan dikeluarkan oleh presiden negara tersebut menyatakan bahawa pihak Barat yang menyokong rejim haram tersebut terutamanya Amerika Syarikat (AS), adalah sebenarnya bersuhabat.
- “Adalah sangat jelas bahawa para penyokong Barat yang menyokong rejim tersebut, terutamanya AS, adalah bersubahat dalam melakukan jenayah.” katanya.
IRAN – Presiden Iran, Ebrahim Raeisi telah melakukan tindakan mengutuk pihak Barat yang menyokong tindakan-tindakan jenayah yang dilakukan rejim aparteid Israel terhadap warga Palestin.
Kutukan tersebut telah dibuat oleh pemimpin Iran itu menerusi sebuah pesanan yang diterbitkan pada hari Selasa bersempena dengan ulangtahun peringatan peristiwa Nakba yang ke-75.
Pesanan yang dikeluarkan oleh presiden negara tersebut menyatakan bahawa pihak Barat yang menyokong rejim haram tersebut terutamanya Amerika Syarikat (AS), adalah sebenarnya bersuhabat. Menurutnya,
“Adalah sangat jelas bahawa para penyokong Barat yang menyokong rejim tersebut, terutamanya AS, adalah bersubahat dalam melakukan jenayah.”
Menurutnya lagi, sejak daripada berlakunya peristiwa Nakba, rejim haram tersebut telah menyebabkan kemusnahan terhadap rumah-rumah kediaman, ladang-ladang serta perniagaan-perniagaan warga Palestin.
Katanya juga, sejak daripada pendudukan Israel secara haram di Palestin itu, rejim tersebut juga bertanggungjawab ke atas perlanggaran prinsip-prinsip fundamental dalam undang-undang antarabangsa.
Dalam mesej yang sama juga pemimpin Iran itu menyatakan bahawa Iran mengutuk sekeras-kerasnya jenayah yang dilakukan oleh rejim aparteid itu serta menekankan tentang “proposal democratic” yang dicadangkan oleh Iran sebagai sebuah resolusi politik berkenaan hal pendudukan haram Israel di Palestin.
Sumber: Samudera