Connect with us

Antarabangsa

Terpengaruh ideologi LGBT, bekas transgender kesal tukar jantina

Chloe Cole, bekas transgender berusia 17 tahun menegaskan kepada orang awam dan institusi perubatan supaya tidak membenarkan kanak-kanak menjalankan pembedahan jantina dan mengambil hormon kerana mereka belum mampu berfikir secara rasional.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

bekas transgender chloe cole
Foto: Twitter Chloe Cole.
  • Seorang bekas transgender berusia 17 tahun menegaskan kepada orang awam dan institusi perubatan supaya tidak membenarkan kanak-kanak menjalankan pembedahan jantina dan mengambil pil hormon.
  • Chloe Cole berkata pengalaman ngeri itu menghalangnya untuk hidup sebagai wanita normal selain berpotensi menghidap kanser serviks disebabkan rawatan-rawatan yang dilakukannya.
  • Terapis tidak menjelaskan secara terperinci mengenai komplikasi bakal dihadapi.
  • Pendedahan terhadap komuniti songsang LGBT di Instagram telah mempengaruhinya.

TALLAHASSEE – Chloe Cole, bekas transgender berusia 17 tahun menegaskan kepada orang awam dan institusi perubatan supaya tidak membenarkan kanak-kanak menjalankan pembedahan jantina dan mengambil hormon kerana mereka belum mampu berfikir secara rasional.

Chloe Cole berkongsi pengalaman ngeri mengambil penyekat baligh dan menjalani pembedahan, di mana situasi itu menghalangnya untuk hidup sebagai wanita normal.

Chloe berkata dia juga berpotensi untuk menghidap kanser serviks disebabkan rawatan-rawatan yang dijalankan sejak berusia 13 tahun.

“Kanak-kanak lain tidak patut melalui apa yang saya lalui, proses itu dijalani tanpa persetujuan saya,” kata Chloe dalam sesi perbicaraan bersama pegawai perubatan di Tallahassee dipetik Dailymail pada 11 Julai lalu.

Ahli terapi yang ditugaskan untuk menasihati Chloe tidak menjelaskan secara terperinci mengenai komplikasi yang bakal beliau hadapi jika meneruskan penukaran jantina.

“Tanpa sedar, saya sedang menyingkirkan bahagian tubuh saya yang sebenar. Kesedaran ini yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk menghentikan semuanya,” katanya.

Awal tahun ini, Chloe membuat kenyataan kepada the New York Post bahawa pendedahan terhadap komuniti songsang LGBT di Instagram telah mempengaruhinya.

“Saya mula terdedah dengan banyak konten LGBT dan saya nampak transgender sering mendapat sokongan dan kasih sayang di dalam komuniti itu. Saya terpengaruh sebab saya tidak memiliki banyak kawan,” katanya.

Chloe juga ingin mendapatkan kepastian sama ada suntikan hormon testosteron (hormon lelaki) telah menyebabkan beliau mandul.

Sumber : Daily Mail UK

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *