Terkini
KDN terus kuat kuasa undang-undang ikut Perlembagaan
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yakin Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yakin Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mohktar berkata, pihaknya mengambil maklum pendirian KDN dalam menghormati, memperakui, dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri dan Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari lalu yang menzahirkan supaya dikekalkan dasar sedia ada berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
- “Kita akan sentiasa menjunjung titah Sultan Johor dan Sultan Selangor untuk menjaga kemuliaan dan kesucian agama Islam termasuk penggunaan kalimah Allah.
- “Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yakin pihak KDN akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yakin Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mohktar berkata, pihaknya mengambil maklum pendirian KDN dalam menghormati, memperakui, dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri dan Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari lalu yang menzahirkan supaya dikekalkan dasar sedia ada berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
“Kita akan sentiasa menjunjung titah Sultan Johor dan Sultan Selangor untuk menjaga kemuliaan dan kesucian agama Islam termasuk penggunaan kalimah Allah.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yakin pihak KDN akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya memberi jaminan akan sentiasa bekerjasama dengan KDN dalam melindungi dan memelihara dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah dan lain-lain kalimah suci dalam agama Islam.
“Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang dan mengambil sikap berhati-hati dalam memberi reaksi terhadap isu ini.
“Ini kerana ia berkaitan isu teknikal perundangan dan mengelak daripada terpengaruh dengan sentimen tidak berasas bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian beragama,” katanya.
Terdahulu, KDN dan kerajaan dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan KDN tidak meneruskan permohonan rayuan membabitkan kes Jill Ireland lawan Kerajaan Malaysia disebabkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikeluarkan ketika itu menggunakan pendekatan perundangan sivil dan pentadbiran.
Bagaimanapun, katanya, isu terbabit adalah berkaitan rampasan bahan penerbitan pada ketika itu dan bukanlah dari sudut teologi ataupun apa juga yang membabitkan penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam.
Sumber: Berita Harian
You must be logged in to post a comment Login