Connect with us

Antarabangsa

Mahmoud Abbas gesa keahlian Israel dalam PBB digantung

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa masyarakat antarabangsa menggantung keahlian negara haram Israel dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menghalang pelaksanaan resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahmoud Abbas gesa keahlian Israel dalam PBB digantung
Foto: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
  • Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa masyarakat antarabangsa menggantung keahlian negara haram Israel dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menghalang pelaksanaan resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa.
  • Memetik agensi berita Anadolu, Abbas berkata demikian sempena Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-75 Nakba, yang disambut setiap 15 Mei bagi memperingati ratusan ribu penduduk Palestin yang diusir dari kediaman dan tanah air pada 1948 selepas penubuhan Israel.
  • Pada 30 November tahun lalu, perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi berkenaan bagi memperingati ulang tahun ke-75.
  • “Kami menuntut hari ini secara rasmi, mengikut undang-undang dan resolusi antarabangsa untuk memastikan Israel menghormati resolusi atau menggantung keahliannya dalam PBB,” kata Abbas.

TEBING BARAT – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa masyarakat antarabangsa menggantung keahlian negara haram Israel dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menghalang pelaksanaan resolusi PBB dan undang-undang antarabangsa.

Memetik agensi berita Anadolu, Abbas berkata demikian sempena Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-75 Nakba, yang disambut setiap 15 Mei bagi memperingati ratusan ribu penduduk Palestin yang diusir dari kediaman dan tanah air pada 1948 selepas penubuhan Israel.

Pada 30 November tahun lalu, perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi berkenaan bagi memperingati ulang tahun ke-75.

“Kami menuntut hari ini secara rasmi, mengikut undang-undang dan resolusi antarabangsa untuk memastikan Israel menghormati resolusi atau menggantung keahliannya dalam PBB,” kata Abbas.

Kata pemimpin Palestin itu lagi, sejak 1947, PBB telah menerima ratusan resolusi yang mengiktiraf rakyat Palestin, namun sehingga kini tiada satu resolusi dilaksanakan.

Abbas pada masa sama menuduh Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) berdiam diri terhadap pencerobohan selain enggan bertanggungjawab ke atas pendudukan tanah Palestin dan pembinaan penempatan haram oleh zionis.

“Britain dan AS secara khusus memikul tanggungjawab politik dan etika untuk Nakba rakyat Palestin berikutan mereka mengambil bahagian dan menjadikan rakyat kita sebagai mangsa apabila mereka memutuskan untuk menubuhkan entiti lain lain di tanah air kita,” katanya.

Justeru, beliau menggesa masyarakat antarabangsa menagambil tanggungjawab melindungi rakyat Palestin.

“Kami berdepan keganasan setiap hari, kami juga mengadu setiap hari menyeru supaya membantu kami.

“Tetapi tiada siapa yang sanggup melindungi kami sedangkan kami juga harus dilindungi, bukankah kami juga manusia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Politik PBB, Rosemary Di Carlo menyeru Israel menamatkan pendudukan. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *