Connect with us

Terkini

Boleh guna pembesar suara untuk azan, iqamah – Mufti

Penggunaan pembesar suara luar di masjid dan surau seluruh negeri ini dibolehkan untuk laungan azan dan iqamah sahaja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Boleh guna pembesar suara untuk azan, iqamah – Mufti
Foto: Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Penggunaan pembesar suara luar di masjid dan surau seluruh Pulau Pinang dibolehkan untuk laungan azan dan iqamah sahaja.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia diputuskan pada mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bertarikh 1 hingga 2 Julai 2015 serta disahkan pada 23 hingga 24 Ogos 2015.
  • “(Justeru) Masyarakat Pulau Pinang secara khusus sama ada yang beragama Islam atau penganut agama lain diingatkan kembali mengenai keputusan berkenaan yang melarang penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau di seluruh negeri kecuali untuk azan dan iqamah sahaja.
  • “Bagaimanapun keputusan ini tidak diwartakan, sebaliknya diserah kepada budi bicara jawatankuasa kariah bagi mempertimbangkan sama ada keputusan berkenaan sesuai dilaksana di masjid atau surau masing-masing atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Georgetown: Penggunaan pembesar suara luar di masjid dan surau seluruh negeri ini dibolehkan untuk laungan azan dan iqamah sahaja.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia diputuskan pada mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bertarikh 1 hingga 2 Julai 2015 serta disahkan pada 23 hingga 24 Ogos 2015.

“(Justeru) Masyarakat Pulau Pinang secara khusus sama ada yang beragama Islam atau penganut agama lain diingatkan kembali mengenai keputusan berkenaan yang melarang penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau di seluruh negeri kecuali untuk azan dan iqamah sahaja.

“Bagaimanapun keputusan ini tidak diwartakan, sebaliknya diserah kepada budi bicara jawatankuasa kariah bagi mempertimbangkan sama ada keputusan berkenaan sesuai dilaksana di masjid atau surau masing-masing atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Salim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video tular mesyuarat Badan Pengurusan Bersama (JMB) di sebuah kondominium di Tanjong Tokong di sini, yang mengaitkan isu penggunaan pembesar suara bagi laungan azan oleh sebuah surau berhampiran kejiranan berkenaan.

Video berkenaan memaparkan kekecohan timbul apabila penduduk beragama Islam membuat bantahan apabila isu laungan azan diusulkan.

Bagaimanapun, Wan Salim berkata, pihaknya difahamkan Pejabat Agama Daerah Timur Laut sudah berbincang dengan JMB dan pihak pengurusan surau terbabit yang mana beberapa persetujuan sudah dicapai.

“Jadi isu ini juga sudah selesai,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain ketika dihubungi berkata, dia sudah bertemu dengan surau terbabit baru-baru ini bagi mengesahkan kejadian dan mendapat maklumat sebenar.

Katanya, beliau difahamkan lelaki yang juga dikatakan Pengerusi JMB memberi cadangan supaya pembesar suara diletakkan di dalam surau serta kelantangan pembesar suara laungan azan direndahkan, selain mencadangkan laungan azan dilakukan menerusi aplikasi Whatsapp.

“Difahamkan sekiranya penduduk tidak bersetuju, laungan azan akan berkumandang seperti biasa dan ia menjadi sebaliknya jika majoriti penduduk bersetuju dengan cadangan itu.

“Kondominium berkenaan mempunyai tiga blok dengan setiap satunya mempunyai 48 tingkat yang mana hanya satu daripadanya mempunyai majoriti masyarakat Islam.

“Saya hairan, soal laungan azan ini membabitkan syiar Islam jadi mengapa pihak berkenaan membawa isu ini ke dalam mesyuarat bersama penduduk?” katanya.

Mengulas lanjut Mohd Sophian berkata, surau berkenaan juga beroperasi dengan kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

“Kita berharap pihak berkenaan tidak menyentuh sensitiviti umat Islam dan meminta Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow) menanganinya dengan serius.

“Saya sudah mendapatkan pandangan pihak berkuasa dan akan membuat laporan polis mengenai isu itu dalam masa terdekat ,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Surau Saidina Umar, Akmal Jabir berkata, dia mengesahkan mesyuarat berkenaan dijalankan pada 11 Mac lalu namun video berkenaan baharu sahaja tular.

Katanya, pihaknya kesal dengan tindakan pengerusi JMB yang cuba membangkitkan isu sudah lama selesai pada 2021 lalu.

“Isu ini pernah diusulkan mantan pengerusi JMB dan ia sudah selesai pada 2021 lalu, namun pengerusi yang baharu dilantik awal 2022 membangkitkan semula isu terbabit dan dibimbangi berunsurkan perkauman.

“Sehubungan itu kami menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pengerusi berkenaan,” katanya.

Menurutnya, surau berkenaan terletak kira-kira 200 meter dari blok pertama kondominium yang mana 70 peratus daripada penghuninya adalah Islam.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *