Connect with us

Terkini

Tiga anak Loh Siew Hong kekal Islam

Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memutuskan tiga anak Loh Siew Hong masih lagi beragama Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiga anak Loh Siew Hong kekal Islam
Foto: Loh Siew Hong (kanan).
  • Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memutuskan tiga anak Loh Siew Hong masih lagi beragama Islam.
  • Status pengislaman tiga kanak-kanak terdiri daripada pasangan kembar perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipertikaikan oleh wanita terbabit yang mendakwa penukaran agama itu dibuat tanpa kebenarannya dan dilakukan secara unilateral (sebelah pihak).
  • Menurut Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika membacakan penghakimannya, selepas memperoleh semua jagaan kesemua anak-anaknya, Siew Hong sendiri tidak pernah menafikan bahawa tiga anaknya itu masih mengamalkan ajaran Islam seperti menunaikan solat Subuh.
  • Sebelum ini, Loh Siew Hong telah memfailkan permohonan agar anak-anaknya, iaitu pasangan kembar berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun diisytiharkan sebagai penganut agama Hindu dan akuan-akuan memeluk agama Islam kesemua kanak-kanak tersebut bertarikh 7 Julai 2020 dibatalkan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memutuskan tiga anak Loh Siew Hong masih lagi beragama Islam.

Status pengislaman tiga kanak-kanak terdiri daripada pasangan kembar perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipertikaikan oleh wanita terbabit yang mendakwa penukaran agama itu dibuat tanpa kebenarannya dan dilakukan secara unilateral (sebelah pihak).

Menurut Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika membacakan penghakimannya, selepas memperoleh semua jagaan kesemua anak-anaknya, Siew Hong sendiri tidak pernah menafikan bahawa tiga anaknya itu masih mengamalkan ajaran Islam seperti menunaikan solat Subuh.

Selain itu, Hakim Wan Ahmad Farid menyatakan, tiada bukti yang menunjukkan bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu telah ditukar semula agama mereka kepada Hindu ketika berada dalam jagaan ibunya.

“Oleh itu, demi kebajikan kanak-kanak itu, status quo (agama Islam) itu seharusnya dikekalkan,”katanya.

Hakim itu memutuskan demikian di Mahkamah Tinggi di sini semalam dalam pendengaran permohonan semakan kehakiman Siew Hong bagi mencabar pengislaman ketiga-tiga anaknya sekaligus memohon membatalkan pengislaman tersebut.

Wanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 25 Mac 2022 dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat.

Menurut permohonan yang difailkan, wanita itu antara lainnya memohon agar anak-anaknya, iaitu pasangan kembar berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun diisytiharkan sebagai penganut agama Hindu dan akuan-akuan memeluk agama Islam kesemua kanak-kanak tersebut bertarikh 7 Julai 2020 dibatalkan.

Siew Hong turut memohon deklarasi bahawa bekas suaminya, M. Nagahswaran tidak mempunyai keupayaan dari segi undang-undang untuk mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya dan ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak mempunyai keupayan di sisi undang-undang untuk memeluk agama Islam tanpa kebenaran daripada wanita terbabit.

Selain itu, Siew Hong turut memohon Pendaftar Mualaf Negeri Perlis membatalkan kad memeluk agama Islam anak-anaknya itu dan memadamkan nama anak-anaknya daripada Daftar Mualaf Negeri Perlis.

Ibu tunggal itu turut memohon deklarasi bahawa Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 yang memberi kuasa kepada Pendaftar Mualaf Negeri Perlis untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak tanpa kebenaran daripada kedua-dua ibu bapa adalah bertentangan dengan perlembagaan, tidak sah dan terbatal. 

Sumber: Utusan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *