Terkini
Tiga kawasan di Kelantan, satu di Sarawak rekod cuaca panas tahap satu
Tiga kawasan di Kelantan dan satu di Sarawak merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat semalam.
- Tiga kawasan di Kelantan dan satu di Sarawak merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat semalam.
- Jabatan Meteorologi Malaysia (METmalaysia) menerusi kenyataan di Facebook berkata, tiga kawasan di Kelantan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu ialah Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.
- Manakala satu lagi kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu ialah di Sarawak iaitu Mukah.
- “Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Kuala Lumpur: Tiga kawasan di Kelantan dan satu di Sarawak merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat semalam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) menerusi kenyatan di Facebook berkata tiga kawasan di Kelantan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu ialah Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.
Manakala satu lagi kawasan merekodkan status cuaca panas tahap satu ialah di Sarawak iaitu Mukah.
Sementara itu, tiada amaran status cuaca panas tahap satu dikeluarkan bagi kawasan di Sabah.
“Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
“Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/,” katanya.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih mengenai status cuaca di Malaysia. – The Merdeka Times