Antarabangsa
Dengan hanya miliki kandungan al-Quran dalam telefon, etnik Uighur dilabel ‘ekstremis’ di China
Pihak berkuasa China memantau telefon etnik minoriti Uighur susulan kewujudan 50,000 fail multimedia yang dilihat Beijing sebagai elemen ekstremisme di mana dengan memiliki al-Quran sahaja boleh mencetuskan siasatan polis, menurut siasatan forensik Human Right Watch (HRW).
- Pihak berkuasa China memantau telefon etnik minoriti Uighur susulan kewujudan 50,000 fail multimedia yang dilihat Beijing sebagai elemen ekstremisme di mana dengan memiliki al-Quran sahaja mencetuskan siasatan polis, menurut siasatan forensik Human Right Watch (HRW).
- “Kerajaan China secara keterlaluan dan berbahaya menyamakan Islam dengan ekstremisme ganas untuk membenarkan penderaan keji terhadap Muslim Turki di Xinjiang.
- “Majlis Hak Asasi Manusia PBB harus mengambil tindakan yang sudah lama tertangguh dengan menyiasat penyalahgunaan kerajaan China di Xinjiang dan seterusnya,” kata pemangku Pengarah China di HRW, Maya Wang.
Taipei, Taiwan — Pihak berkuasa China memantau telefon etnik minoriti Uighur susulan kewujudan 50,000 fail multimedia yang dilihat Beijing sebagai elemen ekstremisme di mana dengan memiliki al-Quran sahaja boleh mencetuskan siasatan polis, menurut siasatan forensik Human Right Watch (HRW).
Senarai kandungan “kekerasan dan pengganas” melibatkan audio, video dan imej ganas dihasilkan kumpulan bersenjata seperti ISIL (ISIS), juga termasuk bahan daripada organisasi mempromosikan identiti atau penentuan nasib sendiri individu etnik Uighur, majoriti minoriti Islam di barat Xinjiang.
Organisasi itu termasuk gerakan pemisah kemerdekaan Turkestan Timur, Kongres Uighur Dunia dan saluran berita Radio Free Asia yang dibiayai Amerika Syarikat.
Fail multimedia itu juga termasuk maklumat pembunuhan beramai-ramai melibatkan Dataran Tiananmen 1989 yang kebanyakannya ditapis di China.
Sesetengah kandungan ditanda untuk semakan, namun kandungan bukan politik, termasuk rancangan pengembaraan cina difailkan di Syria yang dipanggil “On the Road”, bacaan al-Quran dan lagu-lagu Islam, menurut analisis metadata senarai HRW itu.
“Kerajaan China secara keterlaluan dan berbahaya menyamakan Islam dengan ekstremisme ganas untuk membenarkan penderaan keji terhadap Muslim Turki di Xinjiang.
“Majlis Hak Asasi Manusia PBB harus mengambil tindakan yang sudah lama tertangguh dengan menyiasat penyalahgunaan kerajaan China di Xinjiang dan seterusnya,” kata pemangku Pengarah China di HRW, Maya Wang.
Polis China di ibu kota Xinjiang Urumqi meminta penduduk untuk memuat turun aplikasi Jingwang Weishi, yang membolehkan pihak berkuasa berupaya memantau kandungan telefon bimbit mereka.
Pengunjung ke Xinjiang juga akan dikehendaki memuat turun aplikasi serupa dipanggil Fengcai.
Walaupun polis secara rasmi memantau bahan “pelampau”, HRW berkata analisis pangkalan data polis menunjukkan dalam kebanyakan kes, etnik Islam ditandakan sebagai penyokong ekstremisme ganas hanya kerana mengamalkan atau menunjukkan minat dalam agama mereka.
Uighur dan Muslim Turki lain di bawah pengawasan ketat sebagai sebahagian daripada usaha Parti Komunis China untuk menghapuskan perbezaan budaya, bahasa dan agama daripada budaya majoriti Han di negara itu.
Sumber : Al Jazeera