Connect with us

Antarabangsa

Dedah payudara depan kanak-kanak, Permohonan kerja transgender ditolak

Permohonan kerja seorang transgender sebagai ‘lifeguard’ ditolak selepas mendedahkan payudaranya di hadapan puluhan kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dedah payudara depan kanak-kanak, Permohonan kerja transgender ditolak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Permohonan kerja seorang transgender sebagai ‘lifeguard’ ditolak selepas mendedahkan payudaranya di hadapan puluhan kanak-kanak.
  • Transgender yang tidak dinamakan itu tidak menjalani pembedahan “bahagian atas” untuk membuang payudara – cuba mengisi kekosongan jawatan itu dengan 20 pelatih lain di Pusat Akuatik Cecil.
  • Beliau menanggalkan pakaian bahagian atas badannya semasa saringan dan ketika itu puluhan kanak-kanak serta ibu bapa mereka berkongsi kolam renang terkejut melihat calon itu.
  • Minggu ini, badan perundangan Florida turut meluluskan “rang undang-undang bilik mandi” yang mengharamkan transgender menggunakan tandas awam tidak sepadan dengan jantina kelahiran mereka.

FLORIDA – Permohonan kerja seorang transgender sebagai ‘lifeguard’ ditolak selepas mendedahkan payudaranya di hadapan puluhan kanak-kanak.

Transgender yang tidak dinamakan itu tidak menjalani pembedahan “bahagian atas” untuk membuang payudara – cuba mengisi kekosongan jawatan itu dengan 20 pelatih lain di Pusat Akuatik Cecil.

Beliau menanggalkan pakaian bahagian atas badannya semasa saringan dan ketika itu puluhan kanak-kanak serta ibu bapa mereka berkongsi kolam renang terkejut melihat calon itu, lapor The New York Post.

Pegawai Jacksonville yang menerima banyak aduan mengenai kejadian itu sedang menunggu maklum balas pegawai berkenaan.

Datuk Bandar, Lenny Curry berkata permohonan kerja transgender itu telah ditolak kerana insiden berkenaan.

“Saya tidak nampak sebab untuk penyelamat kami terpaksa membuat perubahan kepada peraturan sedia ada yang mewajibkan wanita biologi menutup dada mereka,” kata Curry dalam satu kenyataan. 

Menurutnya, fasiliti awam seperti kolam renang dan taman adalah tempat untuk keluarga berseronok dengan rasa selamat.

Minggu ini, badan perundangan Florida meluluskan “rang undang-undang bilik mandi” yang mengharamkan transgender menggunakan tandas awam tidak sepadan dengan jantina kelahiran mereka.

Selain itu, rang undang-undang berhubung pengharaman arahan orientasi seksual dan identiti jantina terhadap kanak-kanak juga diperkenalkan di peringkat tadika.

Sumber: New York Post

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *