Antarabangsa
190 kanak-kanak maut, 1,700 cedera dalam konflik Sudan – UNICEF
Pertempuran di Sudan mengorbankan 190 kanak-kanak dan menyebabkan 1,700 yang lain cedera, menurut Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNICEF.
- Pertempuran di Sudan mengorbankan 190 kanak-kanak dan menyebabkan 1,700 yang lain cedera, menurut Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNICEF.
- Negara Afrika yang dilanda konflik itu diselubungi keganasan selama berminggu-minggu berikutan pertempuran antara tentera dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
- “Keadaan di Sudan semakin terumbang-ambing ke arah malapetaka, dan kanak-kanak semakin terperangkap dalam pertempuran,” kata Agensi Anadolu memetik UNICEF dalam satu kenyataan.
- “Kanak-kanak hidup di tengah-tengah keganasan yang menakutkan selama hampir tiga minggu, dan banyak keluarga kini bergerak ke tempat selamat di Sudan dan di luar sempadannya.”
- Pekerja kemanusiaan juga diserang, manakala kemudahan kemanusiaan, kenderaan dan bekalan – termasuk UNICEF – dirompak atau dimusnahkan, katanya.
NEW YORK: Pertempuran di Sudan mengorbankan 190 kanak-kanak dan menyebabkan 1,700 yang lain cedera, menurut Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNICEF.
Negara Afrika yang dilanda konflik itu diselubungi keganasan selama berminggu-minggu berikutan pertempuran antara tentera dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).
“Keadaan di Sudan semakin terumbang-ambing ke arah malapetaka, dan kanak-kanak semakin terperangkap dalam pertempuran,” kata Agensi Anadolu memetik UNICEF dalam satu kenyataan.
“Kanak-kanak hidup di tengah-tengah keganasan yang menakutkan selama hampir tiga minggu, dan banyak keluarga kini bergerak ke tempat selamat di Sudan dan di luar sempadannya.”
Pekerja kemanusiaan juga diserang, manakala kemudahan kemanusiaan, kenderaan dan bekalan – termasuk UNICEF – dirompak atau dimusnahkan, katanya.
Ia berkata serangan itu menjejaskan keupayaan agensi untuk memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak di seluruh negara dengan perkhidmatan kesihatan, pemakanan, air dan sanitasi.
Agensi itu menyeru pihak yang bertelagah di Sudan mematuhi undang-undang antarabangsa dengan memastikan kerja-kerja kemanusiaan boleh beroperasi dengan selamat di lapangan untuk menyokong orang awam yang memerlukan, menurut laporan itu.
Pertempuran baru-baru ini menyebabkan sekurang-kurangnya 550 orang mati dan lebih 5,000 cedera. Ia juga memaksa lebih 100,000 penduduk melarikan diri ke negara jiran.
Sumber: Berita Harian