Connect with us

Terkini

Malaysia Madani: Kerajaan Perpaduan komited dukung hak kebebasan bersuara

Kerajaan Perpaduan komited dalam mendukung hak kebebasan bersuara khususnya kepada media dalam pelaporan berita selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Malaysia Madani: Kerajaan Perpaduan komited dukung hak kebebasan bersuara
Foto: Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.
  • Kerajaan Perpaduan komited dalam mendukung hak kebebasan bersuara khususnya kepada media dalam pelaporan berita selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
  • Menerusi catatan di Facebook hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching yang mengulangi komitmen berkenaan berkata pencapaian yang lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan hari ini dapat dilihat menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 yang dikeluarkan Reporters Without Borders (RFS).

Kuala Lumpur: Kerajaan Perpaduan komited dalam mendukung hak kebebasan bersuara khususnya kepada media dalam pelaporan berita selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching yang mengulangi komitmen berkenaan berkata pencapaian yang lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan hari ini dapat dilihat menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 yang dikeluarkan Reporters Without Borders (RFS).

“Dapat dilihat pencapaian yang lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan hari ini, iaitu (Indeks Kebebasan Media) meningkat kepada 113 (51.55 mata) berbanding tahun sebelum pada kedudukan 119 (60.53 mata).

“Tambahan pula, saya sendiri mengikuti rapat cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) yang kita berusaha realisasikan sejak 2018 lagi dan kini dalam proses penelitian Rang Undang-Undang sebelum dibawa ke Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan selamat menyambut Hari Kebebasan Media Sedunia kepada para pengamal media di negara ini yang banyak berjasa dalam menyampaikan laporan berita yang tepat, pantas dan terkini. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *