Terkini
JKNJ sahkan budak 12 tahun maut bukan sebab strok haba
Kes kematian kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di daerah ini tiada kaitan dengan strok haba.
- Kes kematian kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di daerah ini tiada kaitan dengan strok haba.
- Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut@Ahmad berkata, kanak-kanak itu dimasukkan ke wad kerana mengalami sawan selepas mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.
- “Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin merujuk kepada laporan mengenai kematian kanak-kanak berumur 12 tahun yang disyaki disebabkan strok haba di Kluang.
- “Siasatan yang dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati kematian disahkan sebagai septic shock secondary to meningoencephalitis dan tiada kaitan dengan strok haba seperti dilaporkan media.
- “JKNJ memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Kluang: Kes kematian kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di daerah ini tiada kaitan dengan strok haba.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut@Ahmad berkata, kanak-kanak itu dimasukkan ke wad kerana mengalami sawan selepas mengalami demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.
“Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin merujuk kepada laporan mengenai kematian kanak-kanak berumur 12 tahun yang disyaki disebabkan strok haba di Kluang.
“Siasatan yang dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati kematian disahkan sebagai septic shock secondary to meningoencephalitis dan tiada kaitan dengan strok haba seperti dilaporkan media.
“JKNJ memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak lelaki meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam disyaki mengalami simptom strok haba.
Bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata, anak keduanya, Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
Menurutnya, anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, dan meracau kira-kira 10 malam Ahad lalu.
Sumber: Harian Metro