Terkini
DAP tiada calon PM, KJ dan Shahril Hamdan patut sertai parti itu – Kian Ming
Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan patut menyertai DAP kerana parti itu ketiadaan calon perdana menteri.
- Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan patut menyertai DAP kerana parti itu ketiadaan calon perdana menteri.
- Bekas Ahli Parlimen Bangi, DAP Ong Kian Ming, berkata demikian ketika menjawab soalan Khairy sebab beliau dan Shahril perlu menyertai DAP di siaran podcast, ‘KeluarSekejap’ di saluran YouTube.
- Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dan pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dipecat parti itu, selepas dikatakan melanggar undang-undang disiplin parti.
KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan patut menyertai DAP kerana parti itu ketiadaan calon perdana menteri.
Bekas Ahli Parlimen Bangi, DAP Ong Kian Ming, berkata demikian ketika menjawab soalan Khairy sebab beliau dan Shahril perlu menyertai DAP di siaran podcast, ‘KeluarSekejap’ di saluran YouTube.
Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dan pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dipecat parti itu, selepas dikatakan melanggar undang-undang disiplin parti.
Selain itu, Shahril digantung keahlian UMNO selama enam tahun.
Sehingga hari ini, Khairy masih berteka-teki sama ada akan meneruskan kerjaya politik dan menyertai parti lain untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN).
Sementara itu, Shahril menegaskan beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang kerana secara teknikal, beliau masih ahli UMNO.
Menerusi siaran podcast sama, Shahril berkata, beliau yakin 99 peratus untuk tidak terbabit dengan PRN.
Sumber: Berita Harian