Antarabangsa
Perhimpunan Hari Pekerja bertukar menjadi rusuhan di Chile
Sekurang-kurangnya tiga cedera manakala dua lagi ditahan susulan pertempuran antara pihak polis dan kumpulan protes di Santiago, Chile pada Isnin.
- Sekurang-kurangnya tiga cedera manakala dua lagi ditahan susulan pertempuran antara pihak polis dan kumpulan protes di Santiago, Chile.
- Kejadian berlaku ketika perhimpunan Hari Pekerja diadakan.
- Keadaan menjadi tidak terkawal apabila sebahagian peserta protes menggunakan kekerasan dalam demonstrasi dengan melempar batu ke arah pihak polis.
- Perhimpunan itu dianjurkan oleh Kesatuan Sekerja Chile yang menuntut kestabilan ekonomi dan pekerjaan serta hak-hak pekerja di negara berkenaan.
SANTIAGO: Sekurang-kurangnya tiga cedera manakala dua lagi ditahan susulan pertempuran antara pihak polis dan kumpulan protes di Santiago, Chile pada Isnin.
Kejadian berlaku ketika perhimpunan Hari Pekerja diadakan.
Pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan protes.
Keadaan menjadi tidak terkawal apabila sebahagian peserta protes menggunakan kekerasan dalam demonstrasi mereka dengan melempar batu ke arah pihak polis.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh Kesatuan Sekerja Chile yang menuntut kestabilan ekonomi dan pekerjaan serta hak-hak pekerja di negara berkenaan.
Protes turut berlangsung serentak di bandar-bandar utama lain.
Antara tuntutan kesatuan tersebut adalah berkenaan peningkatan gaji minimum ke 500,000 peso Chile menjelang tahun 2024, pengurangan hari berkerja dan pelaksanaan cukai terhadap golongan kaya.
Sumber: Astro Awani