Terkini
PN tolak 3R jadi modal kempen PRN akan datang
Pimpinan parti blok pembangkang, Perikatan Nasional (PN), menafikan menggunakan isu 3R iaitu agama, kaum dan raja dalam kempen pilihan raya enam negeri akan datang.
- Pimpinan parti blok pembangkang, Perikatan Nasional (PN), menafikan menggunakan isu 3R iaitu agama, kaum dan raja dalam kempen pilihan raya enam negeri akan datang.
- Keutamaan kempen PN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ialah melaksanakan janji kerajaan dalam manifesto lalu. – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
- “Selain itu, kami akan memfokuskan kepada isu bebanan kos hidup yang dijaja ketika kempen untuk menyelesaikan masalah rakyat.
- “Justeru, adalah tidak benar apabila PN dituduh menggunakan isu agama, kaum dan raja kerana kami hanya mahu menunaikan janji dan manifesto untuk manfaat rakyat,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini, bagi mengulas dakwaan PN akan mengaitkan isu 3R dalam kempen pilihan rayanya.
KUALA LUMPUR: Pimpinan parti blok pembangkang, Perikatan Nasional (PN), menafikan menggunakan isu 3R iaitu agama, kaum dan raja dalam kempen pilihan raya enam negeri akan datang.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keutamaan kempen PN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ialah melaksanakan janji kerajaan dalam manifesto lalu.
“Selain itu, kami akan memfokuskan kepada isu bebanan kos hidup yang dijaja ketika kempen untuk menyelesaikan masalah rakyat.
“Justeru, adalah tidak benar apabila PN dituduh menggunakan isu agama, kaum dan raja kerana kami hanya mahu menunaikan janji dan manifesto untuk manfaat rakyat,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini, bagi mengulas dakwaan PN akan mengaitkan isu 3R dalam kempen pilihan rayanya.
Semalam, penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, menjangkakan agenda 3R akan terus menjadi agenda utama buat PN untuk dimainkan di kawasan majoriti Melayu supaya pengundi terpengaruh dengan propaganda itu.
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya melihat Pakatan Harapan (PH) akan memainkan isu kemajuan dan kejayaan sebagai modal kempen.
Tuan Ibrahim berkata, PN turut mengutamakan isu pembangunan seimbang antara wilayah demi memastikan kemakmuran dan keharmonian terus terpelihara.
“Ini apa yang kami akan tumpukan untuk kempen PRN, bukan isu provokasi 3R itu,” katanya.
Sumber: Berita Harian