Terkini
Seremban dan Petaling Jaya catat IPU tidak sihat
Satu kawasan masing-masing di Selangor dan Negeri Sembilan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, pagi tadi.
- Satu kawasan masing-masing di Selangor dan Negeri Sembilan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, pagi tadi.
- Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat 11 pagi, hari ini, Seremban merekodkan bacaan IPU 150 manakala Petaling Jaya, 104.
- Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Kuala Lumpur: Satu kawasan masing-masing di Selangor dan Negeri Sembilan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, pagi tadi.
Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat 11 pagi, hari ini, Seremban merekodkan bacaan IPU 150 manakala Petaling Jaya, 104.
Sementara itu, 59 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU paras sederhana iaitu Nilai dengan 97 diikuti Banting (96), Johan Setia (91) serta Putrajaya dan Segamat masing-masing (88).
Selain itu, Larkin, Johor dan Shah Alam masing-masing merekodkan bacaan 87, Minden, Pulau Pinang (85) serta Kuala Lumpur (83).
Sebanyak 50 kawasan lagi merekodkan bacaan paras sederhana antara 78 hingga 52.
Sementara itu, tujuh kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU paras baik.
Untuk rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Sumber: Harian Metro