Connect with us

Terkini

Kebakaran hutan berkurangan, Tiada jerebu rentas sempadan ke Malaysia – Menteri Alam Sekitar Indonesia 

Kebakaran hutan di beberapa bahagian di Indonesia telah berkurangan dan tiada jerebu rentas sempadan dikesan di Malaysia, kata Menteri Alam Sekitar Indonesia hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kebakaran hutan berkurangan, Tiada jerebu rentas sempadan ke Malaysia - Menteri Alam Sekitar Indonesia 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kebakaran hutan di beberapa bahagian di Indonesia berkurangan dan tiada jerebu rentas sempadan dikesan di Malaysia, kata Menteri Alam Sekitar Indonesia hari ini.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Kuala Lumpur menggesa jirannya mengambil tindakan berikutan kualiti udara semakin teruk.
  • “Saya tidak tahu asas apa yang Malaysia gunakan dalam memberikan kenyataan itu. Kami bekerja bukan berdasarkan permintaan Malaysia,” kata Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya kepada Reuters.

JAKARTA: Kebakaran hutan di beberapa bahagian di Indonesia telah berkurangan dan tiada jerebu rentas sempadan dikesan di Malaysia, kata Menteri Alam Sekitar Indonesia hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Kuala Lumpur menggesa jirannya mengambil tindakan berikutan kualiti udara semakin teruk.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam temu bual dengan Reuters berkata beliau telah meminta rakan sejawatannya dari Indonesia untuk menangani jerebu, memandangkan kualiti udara semakin teruk.

Beliau berkata jerebu tidak sepatutnya menjadi normal baharu.

“Saya tidak tahu asas apa yang Malaysia gunakan dalam memberikan kenyataan itu. Kami bekerja bukan berdasarkan permintaan Malaysia,” kata Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya kepada Reuters.

Kebakaran yang menyebabkan jerebu di seluruh wilayah pada 2015 dan 2019 membakar jutaan hektar tanah dan menghasilkan pelepasan yang memecahkan rekod, menurut saintis.

Hampir setiap kali musim kemarau, asap daripada kebakaran untuk pembukaan tanah ladang kelapa sawit dan pulpa dan kertas di Indonesia menyelubungi sebahagian besar wilayah itu, membawa risiko kepada kesihatan awam dan operator pelancongan dan syarikat penerbangan.

Menteri Indonesia juga berkata jumlah kebakaran hutan di beberapa bahagian di Sumatera dan Borneo berkurangan dan kerajaan terus berusaha memadamkan kebakaran.

Kenyataan beliau dibuat ketika menteri pertanian dan perhutanan Asia Tenggara bersetuju untuk mengambil tindakan kolektif untuk meminimumkan dan akhirnya menghapuskan pembakaran tanaman di rantau ini.

Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat ASEAN di Malaysia, anggota pertubuhan mengiktiraf “kesan buruk alam sekitar dan kesihatan akibat amalan pembakaran tanaman,” dan komited untuk mengurangkan dan menghapuskannya secara kolektif.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending