Connect with us

Antarabangsa

Mesir tidak akan campur tangan konflik Sudan, desak gencatan senjata

Presiden Abdel Fattah al-Sisi kelmarin menekankan, Mesir tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Sudan dan akan meneruskan usaha ke arah mencapai gencatan senjata.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mesir tidak akan campur tangan konflik Sudan, desak gencatan senjata
Foto: Presiden Abdel Fattah al-Sisi.
  • Presiden Abdel Fattah al-Sisi kelmarin menekankan, Mesir tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Sudan dan akan meneruskan usaha ke arah mencapai gencatan senjata.
  • Beliau sekali gus menegaskan kesediaan Mesir untuk ‘memainkan peranan positif ke arah memulihkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Sudan.’
  • “Adalah mustahak bagi pihak yang bertelagah, untuk duduk di meja rundingan … demi menyelamatkan Sudan daripada terus bergolak.

ISTANBUL: Presiden Abdel Fattah al-Sisi kelmarin menekankan, Mesir tidak akan campur tangan dalam hal ehwal dalaman Sudan dan akan meneruskan usaha ke arah mencapai gencatan senjata.

“Apa yang berlaku di Sudan adalah perkara dalaman serta tidak boleh campur tangan,” kata al-Sisi dalam ucapan disiarkan televisyen ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Tentera Mesir, sebagaimana dilaporkan Agensi Anadolu.

Beliau sekali gus menegaskan kesediaan Mesir untuk ‘memainkan peranan positif ke arah memulihkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Sudan.’

“Adalah mustahak bagi pihak yang bertelagah, untuk duduk di meja rundingan … demi menyelamatkan Sudan daripada terus bergolak.

“Kami berhubung dengan tentera Sudan serta Rapid Support Forces (RSF) bagi menggalakkan gencatan senjata dan membawa kepada rundingan untuk memulihkan kestabilan,” katanya.

Sabtu lalu, Angkatan Tentera Mesir mengumumkan bahawa pasukannya ‘menjalankan latihan bersama rakan sejawat di Sudan, dan penyelarasan sedang dijalankan untuk mengamankan kedua-dua pihak.’

Al-Sisi bagaimanapun menjelaskan, kehadiran tentera Mesir adalah ‘mengikut protokol bagi latihan bersama dan bukan untuk menyokong atau berpihak menentang yang lain.’

Pertempuran meletus pada Sabtu lalu antara Angkatan Tentera Sudan dengan RSF di Khartoum dan kawasan sekitarnya.

Lebih 180 orang terbunuh, manakala kira-kira 1,800 lagi cedera dalam pertempuran itu, baru-baru ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – BERNAMA-ANADOLU

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *