Antarabangsa
Badan induk renang dunia sekat, universiti pula calon transgender anugerah wanita terbaik NCAA 2022!
Lia Thomas yang merupakan atlet perenang transgender pertama menjuarai NCAA awal tahun ini telah disekat penyertaannya dalam kategori wanita oleh badan induk renang dunia FINA.
- Disekat oleh badan induk renang dunia FINA dari menyertai acara kategori wanita.
- Mula terkenal sebagai transgender pertama dalam sejarah Divisyen I menjuarai NCAA awal tahun ini.
- Menjuarai acara renang gaya bebas 500 ela kategori wanita.
- Sebelum pertukaran jantina, Lia Thomas pernah bertanding dalam pasukan renang kategori lelaki Pennsylvania selama tiga tahun.
PENNSYLVANIA – Lia Thomas yang merupakan atlet perenang transgender pertama menjuarai NCAA awal tahun ini telah disekat penyertaannya dalam kategori wanita oleh badan induk renang dunia FINA.
Walaupun tindakan itu dikenakan ke atas Thomas, atlet sukan renang transgender itu masih dicalonkan oleh Universiti Pennsylvania untuk anugerah wanita terbaik NCAA 2022.
Reuters melaporkan, Thomas mula dikenali ramai sejak menjadi transgender pertama dalam sejarah Divisyen I yang menjuarai NCAA awal tahun ini selepas beliau memenangi acara renang gaya bebas 500 ela kategori wanita pada bulan Mac lalu dan turut menaruh harapan untuk bersaing di Sukan Olimpik.
Tidak lama selepas kemenangan itu, Thomas menjadi sasaran perbincangan hangat dan ini merupakan faktor penyekatannya diputuskan melalui undian oleh badan induk renang dunia FINA.
Sebelum pertukaran jantina, beliau pernah bertanding dalam pasukan renang kategori lelaki Pennsylvania selama tiga tahun dan pernah memegang beberapa rekod kategori itu.
Menurut NCAA, seramai 577 atlet siswazah akan dicalonkan oleh pihak kolej. Setiap kolej boleh mengiktiraf sehingga dua atlet renang kategori wanita dan Thomas telah dicalonkan bagi acara renang dan terjun Divisyen I.
Jawatankuasa pemilihan Wanita Terbaik bakal memilih 10 atlet dari kalangan pelajar NCAA setiap dari tiga Divisyen. Jawatankuasa tersebut kemudiannya akan umumkan sembilan finalis daripada 30 teratas setiap daripada tiga Divisyen itu.
Pemenang akan diumumkan pada bulan Januari di Konvensyen NCAA San Antonio.
Sumber: Reuters