Connect with us

Antarabangsa

Dua lagi rakyat Palestin dibunuh tentera Israel

Dua pejuang Palestin terbunuh dalam insiden berbalas tembakan berhampiran penempatan Israel di timur laut bandar Nablus, Tebing Barat, kata sumber Palestin dan Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dua lagi rakyat Palestin dibunuh tentera Israel
Foto: Anggota tentera Israel menghalang ambulans PRCS menyelamatkan rakyat Palestin yang cedera dalam insiden berbalas tembakan di perkampungan Deir al-Khatib, timur laut Nablus.
  • Dua pejuang Palestin terbunuh dalam insiden berbalas tembakan berhampiran penempatan Israel di timur laut bandar Nablus, Tebing Barat, kata sumber Palestin dan Israel.
  • Sumber Palestin berkata, kedua-dua warga Palestin itu dikenal pasti sebagai Saud Al-Titi, seorang pegawai pasukan keselamatan pihak berkuasa Palestin dan Mohammed Al-Bouf.
  • Kedua-dua mangsa masing-masing menghabiskan 14 dan tujuh tahun di penjara Israel sebelum ini.
  • Tentera Israel dalam satu kenyataan, berkata dua rakyat Palestin itu dibunuh oleh anggota tentera berhampiran perkampungan Deir al-Khatb, timur laut Nablus, selepas mereka melepaskan tembakan ke arah penempatan Elon Mora.

RAMALLAH: Dua pejuang Palestin terbunuh dalam insiden berbalas tembakan berhampiran penempatan Israel di timur laut bandar Nablus, Tebing Barat, kata sumber Palestin dan Israel.

Sumber Palestin berkata, kedua-dua warga Palestin itu dikenal pasti sebagai Saud Al-Titi, seorang pegawai pasukan keselamatan pihak berkuasa Palestin dan Mohammed Al-Bouf.

Kedua-dua mangsa masing-masing menghabiskan 14 dan tujuh tahun di penjara Israel sebelum ini.

Tentera Israel dalam satu kenyataan, berkata dua rakyat Palestin itu dibunuh oleh anggota tentera berhampiran perkampungan Deir al-Khatb, timur laut Nablus, selepas mereka melepaskan tembakan ke arah penempatan Elon Mora.

Sementara itu, dua lagi rakyat Palestin turut cedera ditembak tentera Israel berhampiran kampung itu, kata Pengarah Ambulans dan Kecemasan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) Ahmed Jibril.

Katanya, seorang daripada mereka cedera di bahu dan dibawa ke hospital di Nablus, sambil menambah pasukan tentera Israel menghalang ambulans PRCS daripada menyelamatkan mangsa yang lain.

Radio Israel melaporkan, tentera menyerang hendap kumpulan Palestin bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah penempatan Elon Moreh dan merampas senjata api M-16 serta pistol daripada dua pejuang Palestin yang dibunuh itu.

Menurut angka rasmi Palestin, ketegangan antara Israel dan Palestin menyebabkan 98 rakyat Palestin terbunuh sejak awal Januari lalu.

Sumber Israel berkata, seramai 19 warga Israel terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh rakyat Palestin di Israel dan Tebing Barat. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *