Terkini
Vape, rokok tidak harus dilihat sebagai punca pendapatan negara – Pakar Perubatan
Industri vape dan rokok tidak seharusnya dilihat sebagai punca pendapatan negara, jika kesihatan rakyat dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan di masa depan adalah agenda utama.
- Industri vape dan rokok tidak seharusnya dilihat sebagai punca pendapatan negara, jika kesihatan rakyat dan kurangkan kos penjagaan kesihatan di masa depan adalah agenda utama.
- Pakar Perunding Perubatan (Respitori) KPJ Damansara, Prof Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, jika kedua-dua industri ini dilihat sebagai punca pendapatan, akan sentiasa wujud hujah yang akan menghalang Generational End Game (GEG) ambil tempat.
- “Kalau sebenarnya niat kita memang untuk jaga kesihatan rakyat dan kurangkan kos penjagaan kesihatan di masa depan, kita tak sepatutnya lihat industri vape dan rokok sebagai punca pendapatan negara. Ini masalahnya, hujah itu akan ada sentiasa.
- “Kedua, berkaitan GEG dan vape, ramai yang mencuba vape adalah mereka yang merokok. Tempoh menunggu tiga tahun itu lama, ada tiga batch yang akan terlepas dan mereka akan cuba rokok dan vape.”
- “Ketiga, dalam kalangan mereka yang ada kemampuan, dengan ada delay itu, dengan keluarnya nikotin (dari Akta Racun) nampak macam mesej yang nak disampaikan ialah vape ini tidak berbahaya jadi mereka yang tak merokok akan terus pilih vape saja,” katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam program Dialog Tiga Penjuru: Jana Dana Atau Bahana, pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Industri vape dan rokok tidak seharusnya dilihat sebagai punca pendapatan negara, jika kesihatan rakyat dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan di masa depan adalah agenda utama.
Pakar Perunding Perubatan (Respitori) KPJ Damansara, Prof Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, jika kedua-dua industri ini dilihat sebagai punca pendapatan, akan sentiasa wujud hujah yang akan menghalang Generational End Game (GEG) mengambil tempat.
“Kalau sebenarnya niat kita memang untuk jaga kesihatan rakyat dan kurangkan kos penjagaan kesihatan di masa depan, kita tak sepatutnya lihat industri vape dan rokok sebagai punca pendapatan negara. Ini masalahnya, hujah itu akan ada sentiasa.
“Kedua, berkaitan GEG dan vape, ramai yang mencuba vape adalah mereka yang merokok. Tempoh menunggu tiga tahun itu lama, ada tiga batch yang akan terlepas dan mereka akan cuba rokok dan vape.
“Ketiga, dalam kalangan mereka yang ada kemampuan, dengan ada delay itu, dengan keluarnya nikotin (dari Akta Racun) nampak macam mesej yang nak disampaikan ialah vape ini tidak berbahaya jadi mereka yang tak merokok akan terus pilih vape saja,” katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam program Dialog Tiga Penjuru: Jana Dana Atau Bahana, pada Khamis.
Turut serta sebagai tetamu ialah Pakar Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid dan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang.
GEG antara lain akan melarang penjualan dan penggunaan sebarang bentuk produk berkaitan rokok termasuk rokok elektronik atau ‘vape’ kepada individu yang dilahirkan mulai 1 Jan 2007 dan seterusnya, dengan tujuan untuk mengharamkan generasi akan datang daripada merokok dan vape.
Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 27 Julai tetapi kemudiannya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk diperhalusi.
Jelas Dr Ahmad Faizal lagi, rang undang-undang itu seharusnya sudah diluluskan, namun penundaan hanya akan melewatkan proses dan perokok akan semakin bertambah dari sehari ke sehari.
“Ada dua perkara, satu rokok dan GEG serta kaitan dengan vape. Yang pertama, kemungkinan ada isu masa dibentangkan tahun lepas dan isu itu valid, contoh dari segi hak kuasa polis untuk memeriksa sesiapa sahaja, itu perlu dihalusi.
“Sepatutnya apa yang sudah berlaku ialah perincian itu boleh diperincikan kemudian. Sebenarnya dari segi dasar, parlimen dan kerajaan patut mengambil inisiatif menggerakkan agar RUU itu diluluskan dengan perincian dilakukan di peringkat peraturan.
“Tetapi apabila ditunda sehingga bacaan kesekian kali, dirujuk pula ke pelbagai jawatankuasa dan ada masa menunggu 3 tahun lagi sebelum ia boleh diretifikasi, ia hanya melewatkan proses dan mereka yang merokok semakin bertambah, industri rokok juga tak akan berdiam diri, ” tegasnya.
Senada dengan Dr Ahmad Faizal, Amrahi berpendapat vape perlu diletakkan dalam satu akta khusus, dikenakan cukai dan diperincikan dari aspek kawal selia dan penguatkuasaannya.
“Kita titik berat aspek kesihatan, isunya nikotin ini racun, jadi perkara ini kena jelas. Apabila dikeluarkan (dari Akta Racun), ia tetap racun.
“Sekarang berlaku kelompangan. Apa yang disyorkan, bukan kita kata tak setuju dikeluarkan daripada Akta Racun. Kita mengatakan bahawa kalau nak keluar daripada akta itu, mesti ada rang undang-undang kawalan tembakau dan merokok terlebih dahulu.
“Jadi apabila kita tarik daripada satu undang-undang, ada satu lagi undang-undang untuk sambut. Tetapi apabila ada kelompangan begini, susah. Siapa yang menguatkuasakan perkara ini pun kita tak tahu,” katanya mengulas langkah mengecualikan produk nikotin daripada Akta Racun 1952 sebelum RUU Kawalan Tembakau diluluskan.
Sementara itu, Syed Mohamed Aljunid pula melihat cukai yang dikenakan ke atas vape dan rokok bersifat sementara, dan hanya dilakukan untuk mengurangkan akses orang ramai terhadap bahan berkenaan.
“Cukai untuk vape dan rokok bersifat sementara sahaja, untuk mendapatkan kesan kos harga rokok atau vape meningkat sehingga orang susah nak dapat akses kepada vape.
“Ini konsep sebenarnya, bukan untuk mendapatkan dana untuk kerajaan. Silap kalau kita mengharapkan cukai untuk kutip dana yang banyak.
“Satu lagi kena ingat juga apabila dinaikkan cukai, kajian menunjukkan kalau cukai tidak boleh menyebabkan kenaikan harga harga rokok dan vape sehingga sekurang-kurangnya 65 peratus, ia tidak akan beri kesan.
“Jadi walaupun dicukai kita tetap tidak boleh kita kutip dana dan kesan terhadap kesihatan tetap tinggi. Ini merupakan satu kerugian yang amat besar kepada negara,” jelasnya.
Sumber: Astro Awani