Terkini
Pelantikan tetap doktor ikut kriteria, diurus secara teratur
Pengisian 12,800 perjawatan doktor tetap oleh Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil kira pegawai perubatan yang sudah menamatkan latihan siswazah dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

- Pengisian 12,800 perjawatan doktor tetap oleh Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil kira pegawai perubatan yang sudah menamatkan latihan siswazah dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
- Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata selain calon terbabit juga perlulah memenuhi syarat pelantikan secara tetap.
- Mengulas lanjut, katanya, KKM komited dan akan menyusul perkara itu agar urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan secara teratur dan berkesan.
- “Selain itu, KKM sedang memperhalusi isu lain berkaitan pegawai perubatan kontrak termasuk maklum balas yang dikumpul semasa sesi Townhall pada 22 Februari lalu.
KUALA LUMPUR: Pengisian 12,800 perjawatan doktor tetap oleh Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil kira pegawai perubatan yang sudah menamatkan latihan siswazah dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata selain calon terbabit juga perlulah memenuhi syarat pelantikan secara tetap.
Mengulas lanjut, katanya, KKM komited dan akan menyusul perkara itu agar urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan secara teratur dan berkesan.
“Selain itu, KKM sedang memperhalusi isu lain berkaitan pegawai perubatan kontrak termasuk maklum balas yang dikumpul semasa sesi Townhall pada 22 Februari lalu.
“Perkara ini akan dibentangkan ke hadapan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) yang ditubuhkan berdasarkan keputusan kerajaan pada 31 Mac,” katanya melalui kenyataan semalam.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan 12,800 daripada 20,330 doktor lantikan kontrak akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun dengan membabitkan peruntukan tambahan RM1.7 bilion.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata kerajaan juga sedang mengkaji pemanjangan elaun lokum kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional di KKM selain pegawai perubatan.
“Di samping itu, KKM masih meneruskan pelantikan kontrak bagi tujuan latihan siswazah (housemanship) yang turut memberi implikasi kepada peningkatan kos emolumen KKM pada setiap tahun,” katanya.
Sumber: Bernama
