Connect with us

Terkini

Tiada mogok di Perak, doktor kontrak bertugas seperti biasa

Operasi kesihatan di hospital seluruh Perak berjalan seperti biasa pada Isnin dan doktor kontrak mencatatkan kedatangan seratus peratus.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada mogok di Perak, doktor kontrak bertugas seperti biasa
Foto: A Sivanesan.
  • Operasi kesihatan di hospital seluruh Perak berjalan seperti biasa pada Isnin dan doktor kontrak mencatatkan kedatangan seratus peratus.
  • Berdasarkan semakan dibuat, tiada seorang pun daripada 1,611 doktor kontrak di Perak mengambil cuti, termasuk cuti kecemasan.
  • “Kesemua doktor kontrak hari ini telah datang kerja 100 peratus. Jadi isu berkaitan mogok-mogok doktor ini sengaja diada-adakan, untuk takutkan rakyat.
  • “Jadi (saya minta) polis menyiasat siapakah belakang semua ini (kerana) sehingga hari ini tidak disebutkan siapakah penganjur mogok ini, siapakah ketua mogok ini,” – Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan.

IPOH: Operasi kesihatan di hospital seluruh Perak berjalan seperti biasa pada Isnin dan doktor kontrak mencatatkan kedatangan seratus peratus.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim.

Menurutnya, berdasarkan semakan yang dibuat, tiada seorang pun daripada 1,611 doktor kontrak di Perak yang mengambil cuti, termasuk cuti kecemasan.

“Kesemua doktor kontrak hari ini telah datang kerja 100 peratus. Jadi isu berkaitan mogok-mogok doktor ini sengaja diada-adakan, untuk takutkan rakyat.

“Jadi (saya minta) polis menyiasat siapakah belakang semua ini (kerana) sehingga hari ini tidak disebutkan siapakah penganjur mogok ini, siapakah ketua mogok ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini malam tadi.

Menurut Sivanesan, Perak mempunyai 1,611 doktor kontrak, termasuk lebih 400 doktor pakar dan lebih 200 doktor pelatih.

Pada Ahad, media melaporkan kumpulan doktor kontrak yang merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula Isnin, tidak berganjak daripada keputusan mereka untuk meneruskan tindakan itu.

Jurucakap kumpulan itu yang dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram, mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan.

Katanya, mereka tidak akan hadir bertugas selama tiga hari bermula Isnin dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan.

Sumber: Astro Awani

Author