Connect with us

Terkini

Gantikan pencen dengan KWSP – Presiden MMA

Petugas perubatan berstatus kontrak yang diserap ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa pencen perlu diberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gantikan pencen dengan KWSP - Presiden MMA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata pihaknya mengalu-alukan jawatan tetap tanpa pencen bagi doktor kontrak hanya jika ia digantikan dengan caruman KWSP.
  • Bagaimanapun, katanya, pilihan utama MMA adalah jawatan tetap untuk semua mengikut kaedah semasa.
  • “Malah jawatan tetap dengan caruman KWSP dicadangkan MMA kepada KKM pada 2019 ketika berunding untuk mendapatkan lebih banyak jawatan tetap untuk doktor kontrak.”
  • “Semua ADUN dan Ahli Parlimen perlu menunjukkan kepemimpinan melalui teladan dengan menukar skim pencen mereka kepada caruman KWSP sekiranya skim pencen yang ditanggung kerajaan terlalu membebankan,” katanya kepada BH.

KUALA LUMPUR: Petugas perubatan berstatus kontrak yang diserap ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa pencen perlu diberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata pihaknya mengalu-alukan jawatan tetap tanpa pencen bagi doktor kontrak hanya jika ia digantikan dengan caruman KWSP.

Bagaimanapun, katanya, pilihan utama MMA adalah jawatan tetap untuk semua mengikut kaedah semasa.

“Malah jawatan tetap dengan caruman KWSP dicadangkan MMA kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2019 ketika berunding untuk mendapatkan lebih banyak jawatan tetap untuk doktor kontrak.

“MMA memahami skim pencen adalah beban yang berat namun dana untuk persaraan mesti didesak.

“Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen perlu menunjukkan kepemimpinan melalui teladan dengan menukar skim pencen mereka kepada caruman KWSP sekiranya skim pencen yang ditanggung kerajaan terlalu membebankan,” katanya kepada BH.

Beliau berkata sebelum ini, media melaporkan seorang ADUN atau Ahli Parlimen boleh menerima pelbagai pencen antaranya dengan berkhidmat di beberapa jawatan negeri atau persekutuan.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata KKM sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerapkan petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa diberikan pencen.

Katanya, langkah itu bagi menangani bebanan tugas yang melebihi kapasiti sumber sedia ada serta untuk mengurangkan beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini yang mencecah RM29.1 billion pada 2021.

“Jadi kita memikirkan jalan keluarnya adalah dengan mengusulkan untuk mengambil pekerja kontrak secara tetap tetapi tanpa pencen, namun mereka ini boleh mendapat manfaat yang sama seperti pekerja tetap yang lain antaranya boleh membuat pinjaman perumahan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, semalam.

Sumber: Berita Harian

Author