Connect with us

Terkini

Kerajaan perlu luluskan RUU Kawalan Produk Tembakau sebelum cukai vape – Presiden MMA

Kerajaan perlu meluluskan undang-undang berkaitan kawalan produk tembakau dan merokok terlebih dahulu sebelum mengecualikan nikotin daripada Akta Racun 1952 bagi tujuan kutipan cukai untuk vape yang mengandungi bahan itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perlu luluskan RUU Kawalan Produk Tembakau sebelum cukai vape - Presiden MMA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan perlu luluskan undang-undang berkaitan kawalan produk tembakau dan merokok terlebih dahulu sebelum mengecualikan nikotin daripada Akta Racun 1952 bagi tujuan kutipan cukai untuk vape mengandungi bahan itu.
  • Gesaan itu disuarakan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai, kerana menyifatkan langkah terbabit penting bagi halang kanak-kanak daripada mendapat akses yang luas terhadap nikotin melalui produk vape.
  • “Mengecualikan nikotin daripada akta racun sebelum meluluskan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok akan menyebabkan kanak-kanak mendapat akses tanpa halangan kepada produk vape yang mengandungi nikotin.”
  • “Hanya selepas itu, adanya kawalan yang mencukupi terhadap vape termasuk peranti vape dengan nikotin dan barulah kita boleh beralih kepada percukaian terhadap vape dan membenarkan penjualan kepada mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun secara terkawal,” katanya melalui kenyataan media, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu meluluskan undang-undang berkaitan kawalan produk tembakau dan merokok terlebih dahulu sebelum mengecualikan nikotin daripada Akta Racun 1952 bagi tujuan kutipan cukai untuk vape yang mengandungi bahan itu.

Gesaan itu disuarakan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai, kerana menyifatkan langkah terbabit penting bagi menghalang kanak-kanak daripada mendapat akses yang luas terhadap nikotin melalui produk vape.

Beliau berkata, dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, baharulah kerajaan boleh memikirkan mengenai kutipan cukai terhadap vape yang mengandungi nikotin.

“Mengecualikan nikotin daripada akta racun sebelum meluluskan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok akan menyebabkan kanak-kanak mendapat akses tanpa halangan kepada produk vape yang mengandungi nikotin.

“Ia sekali gus menyebabkan generasi baharu kanak-kanak dan orang muda menjadi ketagih…seperti yang dipersetujui semua pihak, RUU itu perlu diluluskan terlebih dahulu.

“Hanya selepas itu, adanya kawalan yang mencukupi terhadap vape termasuk peranti vape dengan nikotin dan barulah kita boleh beralih kepada percukaian terhadap vape dan membenarkan penjualan kepada mereka yang berumur lebih daripada 18 tahun secara terkawal,” katanya melalui kenyataan media, semalam.

Melalui pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Pada masa sama, Dr Muruga berkata, MMA dimaklumkan mengenai kemungkinan nikotin dikeluarkan daripada senarai bahan terkawal di bawah akta racun itu.

Beliau berkata, apabila ia berlaku, vape yang mengandungi nikotin kemudiannya boleh dijual di premis jualan awam secara sah dan tanpa kawalan untuk melarang penjualan produk ini kepada kanak-kanak bawah umur.

“Kementerian Kesihatan melalui pembabitan pelbagai pihak berkepentingan dengan jelas menyebut bahawa menangani isu merokok dan ketagihan vape perlu melalui satu proses yang bijak iaitu meluluskan RUU kawalan tembakau yang mempunyai kawalan menyeluruh ke atas penjualan tembakau dan vape.

“Ia diikuti dengan pengecualian nikotin daripada akta racun dan kemudiannya baharulah mengenakan cukai.

“Namun tindakan semasa kini menunjukkan kerajaan lebih mementingkan potensi hasil cukai berbanding kesan nikotin terhadap kesihatan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *