Connect with us

Terkini

Jawatankuasa kaji kursus pra perkahwinan pasangan bukan Islam akan ditubuhkan – KPWKM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses menyediakan kertas cadangan bagi penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kebolehlaksanaan mewajibkan kursus praperkahwinan kepada pasangan bukan Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jawatankuasa kaji kursus pra perkahwinan pasangan bukan Islam akan ditubuhkan - KPWKM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses menyediakan kertas cadangan bagi penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kebolehlaksanaan mewajibkan kursus praperkahwinan kepada pasangan bukan Islam.
  • Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu berkata jawatankuasa itu akan mencadangkan program bersesuaian dan ia akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat.
  • Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja, di Dewan Negara pada isnin bagi mengulas cadangan Senator Aknan Ehtook agar pasangan bukan Islam yang bakal berkahwin juga melalui kursus praperkahwinan bagi membekalkan ilmu kekeluargaan kepada mereka.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses menyediakan kertas cadangan bagi penubuhan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji kebolehlaksanaan mewajibkan kursus praperkahwinan kepada pasangan bukan Islam.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata jawatankuasa itu akan mencadangkan program bersesuaian dan ia akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja, di Dewan Negara hari ini bagi mengulas cadangan Senator Aknan Ehtook agar pasangan bukan Islam yang bakal berkahwin juga melalui kursus praperkahwinan bagi membekalkan ilmu kekeluargaan kepada mereka.

Sementara itu, mengulas mengenai kekurangan pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di pusat penempatan sementara (PPS) ketika banjir, Aiman Athirah berkata jabatan itu telah mengambil langkah bagi mengatasi isu berkenaan menerusi pemerkasaan komuniti.

“JKM telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan komuniti dengan melantik ketua komuniti, ketua agensi tempatan, pengetua, guru-guru besar dan lain lain sukarelawan komuniti sebagai penyelia dan ahli jawatankuasa dan petugas di PPS yang diaktifkan semasa berlaku banjir besar.

“Melalui pendekatan pemerkasaan dan daya tahan masyarakat semasa bencana, ia akan membolehkan ketua-ketua komuniti membuka dan mengoperasikan PPS dengan pemantauan minima daripada kakitangan JKM,” katanya.

Persidangan Dewan Negara bersambung hari ini.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *