Connect with us

Terkini

Kerajaan tegas perangi LGBT – Nga Kor Ming

Kerajaan tidak akan sesekali menyokong sebarang penganjuran program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan tegas perangi LGBT - Nga Kor Ming
Foto: Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
  • Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata demikian sebagai mengulas isu tular pembukaan sebuah bar yang mahu menampilkan persembahan ‘Thai Hot Guy’ bagi tujuan promosi.
  • Ujarnya, isu berkenaan dianggap terpencil namun kerajaan berpendirian tegas memerangi LGBT.
  • Perkara itu juga dilihat mempunyai elemen dalam mempromosikan budaya hedonistik, lucah dan seks bebas.
  • “Mana-mana pihak yang melanggar dasar kerajaan, mereka akan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan ‘Panel Of Expert’ (POE) di ibu negara pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan sesekali menyokong sebarang penganjuran program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam negara ini.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata demikian sebagai mengulas isu tular pembukaan sebuah bar yang mahu menampilkan persembahan ‘Thai Hot Guy’ bagi tujuan promosi.

Perkara itu juga dilihat mempunyai elemen dalam mempromosikan budaya hedonistik, lucah dan seks bebas.

Ujarnya, isu berkenaan dianggap terpencil namun kerajaan berpendirian tegas memerangi LGBT.

“Mana-mana pihak yang melanggar dasar kerajaan, mereka akan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan ‘Panel Of Expert’ (POE) di ibu negara pada Rabu.

Sebelum ini, poster yang tular berhubung pembukaan bar itu menyaksikan sekumpulan lelaki warga Thailand berbadan sasa mengenakan pakaian wanita.

Penganjuran acara ‘Thai Hot Guy’ itu dijadual berlangsung di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini.

Bagaimanapun, penganjuran acara tersebut telah menerima tentangan hebat pelbagai pihak yang mendesak agar ia dibatalkan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *