Connect with us

Terkini

Selangor taja anak yatim jalani kursus kemahiran

Nasib anak-anak yatim yang bakal keluar dari rumah-rumah perlindungan selepas genap berusia 18 tahun lebih terbela apabila kerajaan negeri bakal menaja mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Selangor taja anak yatim jalani kursus kemahiran
Foto: Mohd. Khairuddin (enam dari kiri barisan belakang) selepas menyampaikan peralatan persekolahan kepada anak yatim di Bangunan SUK semalam.
  • Supaya nasib anak yatim berumur 18 tahun lebih terbela.
  • Menurut Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman, untuk permulaan pihaknya bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) untuk menaja 30 anak yatim di bawah seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bermula bulan ini.
  • “Kerajaan negeri mahu anak-anak yatim yang berdaftar di rumah perlindungan di bawah YIDE belajar kemahiran di STDC dalam bidang elektrik, automotif, penghawa dingin dan sebagainya.
  • “Ini penting untuk dilaksana kerana kita dapati ada dalam kalangan anak-anak yatim selepas meninggalkan rumah perlindungan mereka seolah-olah terpaksa bertarung untuk mendapatkan pekerjaan kerana mereka tidak mempunyai skil yang khusus,” katanya.

SHAH ALAM – Nasib anak-anak yatim yang bakal keluar dari rumah-rumah perlindungan selepas genap berusia 18 tahun lebih terbela apabila kerajaan negeri bakal menaja mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

Menurut Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman, untuk permulaan pihaknya bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) untuk menaja 30 anak yatim di bawah seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bermula bulan ini.

“Kerajaan negeri mahu anak-anak yatim yang berdaftar di rumah perlindungan di bawah YIDE belajar kemahiran di STDC dalam bidang elektrik, automotif, penghawa dingin dan sebagainya.

“Ini penting untuk dilaksana kerana kita dapati ada dalam kalangan anak-anak yatim selepas meninggalkan rumah perlindungan mereka seolah-olah terpaksa bertarung untuk mendapatkan pekerjaan kerana mereka tidak mempunyai skil yang khusus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Persefahaman Kerjasama Pelan Pembangunan Modal Insan Pasca Rumah Perlindungan dan Anak Yatim Negeri Selangor di Bangunan SUK hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, buat masa ini terdapat 948 anak yatim di 25 rumah anak yatim di bawah seliaan YIDE yang bakal dilibatkan dengan program pengajian kemahiran tersebut. 

Sumber: Kosmo

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *