Terkini
(VIDEO) Thai Hot Guy : “Apa lagi yang ingin kita ‘halalkan’ atas nama hak untuk bukan Islam,” – Pembela
Pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan pada 30 Mac ini di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak bukan sahaja mencemarkan bulan Ramadan, sekali gus ia menghina kehormatan Islam sebagai agama persekutuan.
- ‘Thai Hot Guy’ 30 Mac ini di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak bukan sahaja mencemarkan bulan Ramadan, ia juga menghina kehormatan Islam.
- “Bayangkanlah bagaimana orang-orang luar, termasuk orang-orang Thai ini akan memandang Malaysia selepas ini,” – Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahya
- Meskipun ia bukan dimaksudkan untuk orang Islam namun tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat bukan Islam khususnya kepada generasi muda.
- “Entah apa lagi yang ingin kita ‘halalkan’ atas nama hak untuk bukan Islam tetapi hakikatnya menipu diri sendiri atas nama kebebasan?,” soalnya.
- Majlis agama, DBKL dan PDRM didesak untuk sama-sama membanteras program berkenaan.
- “Kalau pertubuhan-pertubuhan Melayu nak buat program sikit, bukan main lagi sekat sini sana,” katanya.
KUALA LUMPUR – Pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ yang dijadualkan pada 30 Mac ini di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak bukan sahaja mencemarkan bulan Ramadan, sekali gus ia menghina kehormatan Islam sebagai agama persekutuan.
Mantan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahya berkata pelancaran acara yang memalukan seperti ini akan membuatkan pelancong-pelancong warga asing tidak lagi sensitif dengan Malaysia.
View this post on Instagram
“Bayangkanlah bagaimana orang-orang luar, termasuk orang-orang Thai ini akan memandang Malaysia selepas ini.
“Pasti mereka akan rasa kita tidak lagi sensitif dan kisah mengenai imej negara sebagai sebuah negara yang penuh adab ketimuran dan prinsip-prinsip Islami,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.
Katanya, walaupun acara tersebut bukan dimaksudkan untuk orang Islam bagaimanapun ia tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat bukan Islam terutamanya kepada generasi muda.
“Inikah jenis hiburan yang kita ingin biarkan disajikan kepada mereka?
“Entah apa lagi yang ingin kita ‘halalkan’ atas nama hak untuk bukan Islam tetapi hakikatnya menipu diri sendiri atas nama kebebasan?,” soalnya.
Aminuddin mendesak pihak berkuasa seperti majlis agama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk sama-sama membanteras program berkenaan.
“Contohnya, DBKL boleh gantung lesen perniagaan manakala majlis agama boleh mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Menteri Agama (Menteri Agama memang jaga WP),” katanya.
Beliau juga menggesa kepada pihak berkuasa agar lebih cakna dan sensitif terhadap program-program yang merosakkan akhlak sebegini.
“Kalau pertubuhan-pertubuhan Melayu nak buat program sikit, bukan main lagi sekat sini sana,” katanya.
Difahamkan, pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ merupakan sebuah tarikan pelancong ‘masyhur’ dari Thailand yang dibawa masuk ke Malaysia.
Menerusinya, lelaki-lelaki berbadan sasa akan berpakaian seksi menjadi pelayan restoran dengan melakukan aksi-aksi yang mengghairahkan. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Aminuddin Yahya
You must be logged in to post a comment Login