Connect with us

Terkini

Kakitangan perubatan awam perlu utamakan rawatan tanpa kira kod etika pakaian – Dr Zaliha

Semua kakitangan perubatan di sektor awam perlu memberi keutamaan untuk merawat pesakit tanpa mengira kod etika pakaian individu terbabit.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kakitangan perubatan awam perlu utamakan rawatan tanpa kira kod etika pakaian – Dr Zaliha
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata golongan berkenaan antara lain secara prinsip juga perlu memberi rawatan tanpa mengira latar belakang kaum dan bangsa pesakit.
  • Katanya, petugas dan pengamal perubatan lantikan Kementerian Kesihatan (KKM) diingatkan supaya menjaga etika kerja, selain patuh kepada ikrar ‘Hippocratic Oath’, termasuk kesediaan membantu pesakit sebaiknya.
  • “Biasanya, kita akan ambil tindakan segera bagi mengelak keadaan demikian daripada berulang, jika terima sebarang aduan mengenainya,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) sama ada rawatan tidak akan diberikan kepada pesakit yang tidak mematuhi kod etika pemakaian ketika hadir ke fasiliti kesihatan awam.

Kuala Lumpur: Semua kakitangan perubatan di sektor awam perlu memberi keutamaan untuk merawat pesakit tanpa mengira kod etika pakaian individu terbabit.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata golongan berkenaan antara lain secara prinsip juga perlu memberi rawatan tanpa mengira latar belakang kaum dan bangsa pesakit.

Justeru, katanya, petugas dan pengamal perubatan lantikan Kementerian Kesihatan (KKM) diingatkan supaya menjaga etika kerja, selain patuh kepada ikrar ‘Hippocratic Oath’, termasuk kesediaan membantu pesakit sebaiknya.

“Saya maklum mengenai perkara ini, termasuk perkara lain yang tular, baru-baru ini. Berkemungkinan ia berlaku akibat masalah komunikasi.

“Biasanya, kita akan ambil tindakan segera bagi mengelak keadaan demikian daripada berulang, jika terima sebarang aduan mengenainya,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) sama ada rawatan tidak akan diberikan kepada pesakit yang tidak mematuhi kod etika pemakaian ketika hadir ke fasiliti kesihatan awam.

Menjawab soalan asal Dr Halimah Ali (PN-Kapar), beliau berkata, kementerian komited memberi perkhidmatan kesihatan kepada semua rakyat, biarpun pesakit berasal dari luar kawasan operasi klinik kesihatan (KK).

Dr Zaliha juga mengingatkan, semua anggota kesihatan di ‘triage’ atau kaunter pendaftaran untuk tidak menolak kehadiran mana-mana pihak untuk mendapatkan rawatan di KK, bagi memenuhi pendekatan ‘No Wrong Door Policy’.

Katanya, pendekatan itu dilaksanakan melalui Personalised Care (Family Doctor Concept) bagi memastikan penjagaan kesihatan berterusan dan tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak pesakit yang datang dari luar kawasan operasi KK.

“Contohnya, pesakit dirawat di KK dekat Parlimen Kapar sebelum ini, boleh mendapatkan rawatan di KK berhampiran, seperti di Parlimen Bukit Raja jika premis terbabit berdekatan dengan kediaman, keselesaan dan kemudahan pesakit.

“Jika benar berlaku (pesakit dari luar diarah ke KK di kawasan parlimen didiami mereka), mohon buat aduan dan kita akan siasat serta mengambil tindakan sewajarnya,” katanya mengulas larangan pesakit mendapatkan rawatan di KK yang bukan terletak di kawasan didiami mereka.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *