Antarabangsa
Perhimpunan Hindutva gesa boikot ekonomi Muslim
Desakan memboikot ekonomi umat Islam dibuat pada 12 Mac lalu semasa perhimpunan anjuran pertubuhan Hindutva berhampiran Mumbai, lapor The Indian Express.
- Desakan memboikot ekonomi umat Islam dibuat pada 12 Mac lalu semasa perhimpunan ‘Hindu Jan Aakrosh Morcha’ anjuran pertubuhan Hindutva berhampiran Mumbai, India.
- Selain menyeru agar memboikot ekonomi umat Islam, peserta pada perhimpunan itu juga menentang “jihad cinta” dan “jihad tanah”.
- “Jihad cinta” merujuk kepada dakwaan terdapat komplot lelaki Islam untuk menggoda wanita Hindu bagi mengislamkan mereka.
- “Jihad tanah” menuduh orang Islam melancarkan kempen untuk menceroboh tanah awam dan harta benda dimiliki penganut Hindu.
Desakan memboikot ekonomi umat Islam dibuat pada 12 Mac lalu semasa perhimpunan anjuran pertubuhan Hindutva berhampiran Mumbai, lapor The Indian Express.
‘Hindu Jan Aakrosh Morcha’ dianjurkan oleh Sakal Hindu Samaj yang diadakan di Mira Road, Maharashtra.
Selain menyeru agar memboikot ekonomi umat Islam, peserta pada perhimpunan itu juga menentang “jihad cinta” dan “jihad tanah”.
“Terdapat tiga aspek utama pencerobohan Islam. Pertama ialah jihad cinta, kedua jihad tanah dan akhirnya penukaran agama.
“Untuk ketiga-tiga ini ada penyelesaian yang diketuai Ram, penyelesaian yang mana anda tidak akan dihalang pemimpin politik, Mahkamah Agung, malah media dan penyelesaian itu adalah boikot ekonomi mereka,” kata salah seorang penceramah di perhimpunan itu, Kajal Hindustani.
“Jihad cinta” ialah teori konspirasi dijaja kumpulan ketuanan Hindu yang mendakwa terdapat komplot lelaki Islam untuk menggoda wanita Hindu bagi mengislamkan mereka.
Begitu juga, penyokong “jihad tanah” menuduh orang Islam melancarkan kempen untuk menceroboh tanah awam dan harta benda dimiliki penganut Hindu.
Rane memberitahu The Indian Express bahawa dia menyokong gesaan untuk memboikot ekonomi umat Islam.
“Semua wang itu digunakan oleh mereka terhadap masyarakat Hindu.
“Sekiranya wang itu digunakan untuk kemakmuran masyarakat, tiada siapa yang akan menghadapi masalah. Tetapi mereka menggunakan wang atas nama keganasan, cintakan jihad dan banyak perkara lain untuk menentang Hindu,” katanya.
Sumber: Scroll