Connect with us

Antarabangsa

Presiden Palestin gesa Israel patuh perjanjian & resolusi PBB

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam menggesa kerajaan Israel mematuhi perjanjian yang ditandatangani dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menghentikan semua langkah dan tindakan unilateral di wilayah Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Presiden Palestin gesa Israel patuh perjanjian & resolusi PBB
Foto: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
  • Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menggesa kerajaan Israel mematuhi perjanjian ditandatangani dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menghentikan semua langkah dan tindakan unilateral di wilayah Palestin.
  • Perdana Menteri Palestin, Mohammed Ishtaye seru Itali mengiktiraf negara Palestin berdasarkan kepercayaannya terhadap penyelesaian dua negara dan komitmen untuk menyokong penyelesaian itu.
  • Beliau berkata, pengiktirafan negara Palestin pada masa ini penting kerana kerumitan hal di lapangan dan kekurangan sebarang inisiatif politik.

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, semalam menggesa kerajaan Israel mematuhi perjanjian yang ditandatangani dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta menghentikan semua langkah dan tindakan unilateral di wilayah Palestin.

Agensi berita rasmi Palestin (WAFA) melaporkan, Mahmoud membuat kenyataan itu ketika pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Itali dan Menteri Luar, Antonio Tiani di bandar Ramallah, Tebing Barat.

WAFA berkata, Tiani mengesahkan sokongan Itali untuk mencapai keamanan mengikut penyelesaian dua negara berdasarkan resolusi antarabangsa dan sokongan berterusan beliau kepada rakyat Palestin.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Mohammed Ishtaye menyeru Itali mengiktiraf negara Palestin berdasarkan kepercayaannya terhadap penyelesaian dua negara dan komitmen untuk menyokong penyelesaian itu.

Berdasarkan kenyataan rasmi, ketika pertemuan dengan Tiani, Mohammed berkata, pengiktirafan negara Palestin pada masa ini ‘penting kerana kerumitan hal di lapangan dan kekurangan sebarang inisiatif politik’.

Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki, ketika sidang akhbar bersama Tiani, berkata ‘program hasutan kerajaan Israel diterjemahkan di lapangan setiap hari ketika dunia menyaksikan permulaan tahun berdarah dengan pembunuhan 84 rakyat Palestin, termasuk 15 kanak-kanak’.

Riyad turut menyeru Itali untuk mempertimbang semula undinya pada Perhimpunan Agung PBB dan seluruh jawatankuasa khas PBB serta agensi antarabangsa lain yang memihak kepada Negara Palestin dan hak nasionalnya.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Yahya Sinwar ‘keluar’ lawat kawasan, keluarga tebusan Israel selar kegagalan rejim

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.
  • Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.
  • Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.
  • MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.
  • Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.
  • “Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.

MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.

Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.

“Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan pada Sabtu menuntut pilihan raya baharu dan menggesa kerajaan mengambil langkah selanjutnya untuk mengembalikan 133 tawanan perang yang ditahan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending