Connect with us

Terkini

Kerajaan koordinasi bantuan kepada Orang Asli terjejas banjir – TPM

Ahmad Zahid akan meminta Ketua Pengarah JAKOA untuk ke kawasan masyarakat itu yang terjejas bencana berkenaan untuk membuat penilaian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan koordinasi bantuan kepada Orang Asli terjejas banjir – TPM
Foto: Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
  • Kerajaan akan mengkoordinasi bantuan kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas dengan banjir terutama di Johor dan Pahang. – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • “Untuk JAKOA, selain daripada bantuan diberikan oleh Jawatankuasa Bencana Pusat di peringkat negeri dan daerah, saya akan meminta Ketua Pengarah JAKOA sendiri turun ke bawah (untuk membuat penilaian).”
  • “Mungkin bukan hanya infrastruktur dan jalan tapi perkakasan rumah, pembaikan rumah perlu dilakukan… saya akan koordinasikan dengan JAKOA,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) peringkat negeri Melaka di sini malam tadi.

MELAKA: Kerajaan akan mengkoordinasi bantuan kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas dengan banjir terutama di Johor dan Pahang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau akan meminta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk ke kawasan masyarakat itu yang terjejas bencana berkenaan untuk membuat penilaian.

“Untuk JAKOA, selain daripada bantuan diberikan oleh Jawatankuasa Bencana Pusat di peringkat negeri dan daerah, saya akan meminta Ketua Pengarah JAKOA sendiri turun ke bawah (untuk membuat penilaian).

“Mungkin bukan hanya infrastruktur dan jalan tapi perkakasan rumah, pembaikan rumah perlu dilakukan… saya akan koordinasikan dengan JAKOA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) peringkat negeri Melaka di sini, malam tadi.

Beliau berkata bagaimanapun kerajaan setakat ini masih belum mempunyai jumlah tepat dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang terkesan dengan banjir.

“Setakat ini tidak dapat jumlah rasmi (tapi) kami akan selaraskan bantuan untuk mereka,” katanya. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

 

Author