Connect with us

Terkini

Tembok pagar masjid diconteng dengan tulisan hina nabi

Tembok pagar Masjid Andalusia di Bandar Laguna Merbok, di sini diconteng dengan tulisan yang menghina nabi dalam kejadian dipercayai berlaku pagi Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tembok pagar masjid diconteng dengan tulisan hina nabi
Foto: Tembok pagar Masjid Andalusia di Bandar Laguna Merbok.
  • Tembok pagar Masjid Andalusia di Bandar Laguna Merbok di Sungai Petani diconteng dengan tulisan yang menghina nabi dalam kejadian dipercayai berlaku pagi Selasa.
  • Difahamkan kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah bangunan berdekatan apabila melihat seorang lelaki sedang menconteng tembok berkenaan menggunakan cat berwarna merah.
  • Jemaah masjid, Mohd. Hashim Ali, 53, berkata, ini merupakan kali pertama kejadian itu berlaku di masjid berkenaan yang disifatkan pelakunya sebagai kurang ajar.
  • “Saya dimaklumkan pengawal keselamatan terbabit bertindak menegur lelaki berkenaan sebelum suspek bergegas meninggalkan lokasi menyebabkan dia tidak sempat ditahan,” katanya ditemui semalam.

SUNGAI PETANI: Tembok pagar Masjid Andalusia di Bandar Laguna Merbok, di sini diconteng dengan tulisan yang menghina nabi dalam kejadian dipercayai berlaku pagi Selasa.

Difahamkan, kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah bangunan berdekatan apabila melihat seorang lelaki sedang menconteng tembok berkenaan menggunakan cat berwarna merah.

Jemaah masjid, Mohd. Hashim Ali, 53, berkata, ini merupakan kali pertama kejadian itu berlaku di masjid berkenaan yang disifatkan pelakunya sebagai kurang ajar.

“Saya dimaklumkan pengawal keselamatan terbabit bertindak menegur lelaki berkenaan sebelum suspek bergegas meninggalkan lokasi menyebabkan dia tidak sempat ditahan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Hari ini, tular video berdurasi 38 saat yang memaparkan seorang lelaki sedang menconteng tembok pagar masjid berkenaan sebelum bergegas meninggalkan lokasi apabila menyedari perbuatannya diperhatikan.

Bagaimanapun tinjauan pada tengah hari semalam mendapati pihak pengurusan masjid berkenaan telah mengecat semula pagar terbabit bagi menutup tulisan itu selepas laporan polis dibuat.

Sementara itu, seorang penduduk, Halim Mat Yatim, 49, berkata, tindakan lelaki itu sememangnya biadab dan pihak berkuasa perlu bertindak segera menahannya.

“Saya difahamkan pihak pengurusan masjid telah membuat laporan polis berpandukan video dan gambar yang sempat dirakam oleh pengawal keselamatan ketika kejadian pada Selasa.

“Kejadian kali pertama berlaku ini mengejutkan kami penduduk di sini dan ia perlu dibanteras segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini kerana selama ini penduduk di sini hidup aman damai walaupun berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Dalam pada itu, pihak pengurusan masjid enggan memberi sebarang komen berkaitan kejadian itu sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author