Connect with us

Terkini

Pertahan hak beragama kini dilabel ekstrem?

Dakwaan Ketua Pengarah J-KOM, Jabatan Perdana Menteri, Profesor, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bahawa Parti Islam Se Malaysia (PAS) membawa ideologi radikal dengan mesej berbaur ekstremisme merupakan satu tindakan berniat jahat, demikian kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Pertahan hak beragama kini dilabel ekstrem?
Foto: Datuk Ahmad Yahaya (kiri), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (kanan).
  • Dakwaan Ketua Pengarah J-KOM, Jabatan Perdana Menteri, Profesor, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bahawa PAS membawa ideologi radikal dengan mesej berbaur ekstremisme merupakan satu tindakan berniat jahat  – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya.
  • “Adakah mempertahankan hak beragama dalam negara kini dimomokkan dengan wajah ekstrem?
  • PAS sentiasa mengamalkan prinsip politik bersemuka sejak awal penubuhannya dan ia terus dipertahan sepanjang masa. 

KUALA LUMPUR – Dakwaan Ketua Pengarah J-KOM, Jabatan Perdana Menteri, Profesor, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bahawa Parti Islam Se Malaysia (PAS) membawa ideologi radikal dengan mesej berbaur ekstremisme merupakan satu tindakan berniat jahat, demikian kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya.

Menurutnya, PAS sentiasa mengamalkan prinsip politik bersemuka sejak awal penubuhannya dan ia terus dipertahan sepanjang masa.

“Adakah mempertahankan hak beragama dalam negara kini dimomokkan dengan wajah ekstrem?

“Adakah bersikap tegas terhadap isu-isu melibatkan kepentingan agama dianggap sebagai suatu tindakan radikal?,” soalnya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

“Di mana pertimbangan rasional, etika serta bersikap tidak bias dalam sesuatu penilaian yang cukup dititiberatkan oleh seseorang yang pernah berada lapangan akademik?,” soalnya.

Katanya, kerajaan perpaduan hari ini yang mengangkat konsep Malaysia Madani menuduh parti itu mengambil dana tajaan daripada syarikat perjudian. 

Bagaimanapun, PAS menyangkal dakwaan tersebut lalu membuktikan komitmen dengan penutupan premis perjudian di salah sebuah negeri di bawah pentadbirannya.

Selain itu, PAS juga bersikap tegas terhadap perkembangan golongan LGBT, liberalisme dan pluralisme yang bangkit mewajahkan diri sebenar mereka sejak kebelakangan ini.

“Malah, PAS juga mengingatkan umat Islam tentang bahaya golongan ini kepada akidah sebagai seorang Muslim,” katanya.

Katanya, tuduhan yang dibuat J-KOM itu menjadikan PAS dilabel sebagai sebuah parti yang ekstrem dan radikal.

“Mereka ternyata meleset kerana dakwaan tersebut hanya suatu ilusi, tiada asas yang kukuh serta jauh daripada realiti di hadapan mata,” katanya. 

Ahmad menasihati Mohammad Agus agar menumpukan perhatian terhadap tugasan hakikinya, pada masa sama mengubah mentaliti kepada pemikiran yang lebih matang.

“Usah menjadi ibarat kata pepatah mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya. – The Merdeka Times 

Sumber: Facebook Ustaz Ahmad bin Yahaya

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *