Terkini
Denda pihak bocor data peribadi dinaikkan dalam pindaan Akta 709 – Nie Ching
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam proses meminda Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) untuk meningkatkan kadar denda yang boleh dikenakan kepada pihak yang membocorkan data peribadi pengguna.
- Jumlah denda dikenakan terhadap pihak disabit kesalahan mengikut Akta 709 (Akta Perlindungan Data Peribadi) ketika ini terlalu kecil dan tidak setara dengan kesalahan dilakukan. – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching.
- “Memang setakat ini Akta 709 diguna pakai tapi denda memang tak tinggi. Untuk tujuh kes yang dikeluarkan kompaun mengikut Seksyen 5 Akta 705, kompaun keseluruhan yang dikenakan hanyalah RM200,000, manakala bagi lapan kes mengikut Seksyen 16, kompaun dikenakan secara keseluruhan hanyalah RM81,000.”
- “Sebab itu kita berhasrat mengkaji Akta 709 dan antara cadangan ialah meningkatkan lagi denda yang boleh dikenakan, dengan memastikan denda yang dikenakan adalah setimbang dengan maklumat yang dibocorkan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam proses meminda Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) untuk meningkatkan kadar denda yang boleh dikenakan kepada pihak yang membocorkan data peribadi pengguna.
Selain itu, KKD juga sedang menggubal Akta Keselamatan Siber bagi menangani isu scam atau penipuan yang menjadi ancaman besar kepada pengguna di Malaysia.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata jumlah denda yang dikenakan terhadap pihak yang disabit kesalahan mengikut Akta 709 ketika ini terlalu kecil dan tidak setara dengan kesalahan yang dilakukan.
Sehubungan itu, katanya, kementerian itu berharap peningkatan denda menerusi pindaan Akta 709 akan memastikan pihak syarikat dan agensi lebih bertanggungjawab dalam mengawal dan melindungi data peribadi pengguna.
“Memang setakat ini Akta 709 diguna pakai tapi denda memang tak tinggi. Untuk tujuh kes yang dikeluarkan kompaun mengikut Seksyen 5 Akta 705, kompaun keseluruhan yang dikenakan hanyalah RM200,000, manakala bagi lapan kes mengikut Seksyen 16, kompaun dikenakan secara keseluruhan hanyalah RM81,000.
“Sebab itu kita berhasrat mengkaji Akta 709 dan antara cadangan ialah meningkatkan lagi denda yang boleh dikenakan, dengan memastikan denda yang dikenakan adalah setimbang dengan maklumat yang dibocorkan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanya apakah matlamat KKD dalam pindaan Akta 709 serta sama ada kementerian itu berhasrat menubuhkan pasukan khas bagi menangani isu kebocoran data dan scam.
Sumber: Berita Harian