Connect with us

Antarabangsa

Tennessee lulus rang undang-undang larang prosedur tukar jantina kanak-kanak

Badan Perundangan Tennessee pada Khamis lalu memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang melarang prosedur pertukaran jantina untuk kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Tennessee lulus rang undang-undang larang prosedur tukar jantina kanak-kanak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Khamis lalu, Badan Perundangan Tennessee memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang yang melarang prosedur pertukaran jantina untuk kanak-kanak.
  • Rang undang-undang itu akan dimajukan kepada Gabenor Republikan, Bill Lee untuk diwartakan menjadi undang-undang.
  • Sejurus RUU ditandatangani, rang undang-undang itu akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2023 di negeri terbabit.

Badan Perundangan Tennessee pada Khamis lalu memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang melarang prosedur pertukaran jantina untuk kanak-kanak.

Rang undang-undang (RUU) itu akan dimajukan kepada Gabenor Republikan, Bill Lee untuk diwartakan sebagai undang-undang.

Memetik laporan Catholic News Agency, rang undang-undang itu ditaja pemimpin majoriti Sen. Jack Johnson dan Rep. William Lamberth.

Sejurus ditandatangani, rang undang-undang itu akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2023 dan melarang pembedahan menukar jantina, penggunaan penyekat akil baligh dan terapi hormon ke atas kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Undang-undang itu membenarkan peguam negara untuk menyiasat doktor serta pembekal dan mengenakan penalti $25,000 (RM 111,950) ke atas mereka yang ingkar.

Selain itu, ia turut membenarkan ibu bapa yang tidak bersetuju dengan prosedur dan anak-anak mereka untuk menyaman penyedia perkhidmatan jika terdapat kecederaan atau kematian akibat rawatan perubahan jantina yang mereka terima.

Ibu bapa yang bersetuju dengan prosedur itu juga boleh disaman anak mereka kerana kecederaan yang dialami akibat rawatan tersebut.

“Kanak-kanak tidak memerlukan prosedur perubatan ini untuk dapat berkembang sebagai orang dewasa,” kata Lamberth.

“Mereka memerlukan rawatan kesihatan mental. Mereka memerlukan kasih sayang dan sokongan, dan ramai daripada mereka perlu dapat membesar untuk menjadi individu yang mereka inginkan”.

Bagaimanapun, terdapat pengecualian terhadap penyedia khidmat yang memulakan prosedur itu sebelum 1 Julai 2023 untuk meneruskannya sehingga 31 Mac 2024.

Terdahulu, Ahli Parlimen Florida dilaporkan bakal memfailkan rang undang-undang yang sama.

Ia berlaku selepas Lembaga Perubatan Florida mengemukakan perubahan peraturan yang melarang penggunaan ubat-ubatan dan pembedahan bagi transgender bawah umur.

Sumber: Catholic News Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *