Connect with us

Antarabangsa

China kemuka saranan mengenai pembangunan hak asasi manusia antarabangsa di PBB

China pada Isnin menggunakan platform mesyuarat peringkat tinggi sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan saranannya mengenai isu pembangunan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

China kemuka saranan mengenai pembangunan hak asasi manusia antarabangsa di PBB
Foto: Menteri Luar China, Qin Gang.
  • Menteri Luar China, Qin Gang menyatakan bahawa pembangunan hak asasi manusia di peringkat global berdepan cabaran serius pada masa ini.
  • Beliau meminta agar semua pihak akur kepada empat perkara iaitu pembangunan hak asasi manusia selaras dengan situasi di negara masing-masing, promosi dan perlindungan hak asasi manusia secara menyeluruh, kesaksamaan dan keadilan antarabangsa, serta dialog dan kerjasama.
  • “Kunci kepada pencapaian bersejarah China dalam hak asasi manusia adalah membuka jalan pembangunan hak asasi manusia yang menepati trend semasa dan bersesuaian dengan situasi negara sendiri. China akan terus menempuh jalan ini.

BEIJING, 28 Feb (Bernama) — China pada Isnin menggunakan platform mesyuarat peringkat tinggi sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyuarakan saranannya mengenai isu pembangunan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Menteri Luar China, Qin Gang dalam ucapan secara maya menyatakan bahawa pembangunan hak asasi manusia di peringkat global berdepan cabaran serius pada masa ini.

Justeru, beliau meminta agar semua pihak akur kepada empat perkara iaitu pembangunan hak asasi manusia yang selaras dengan situasi di negara masing-masing, promosi dan perlindungan hak asasi manusia secara menyeluruh, kesaksamaan dan keadilan antarabangsa, serta dialog dan kerjasama.

“Kunci kepada pencapaian bersejarah China dalam hak asasi manusia adalah membuka jalan pembangunan hak asasi manusia yang menepati trend semasa dan bersesuaian dengan situasi negara sendiri. China akan terus menempuh jalan ini.

“Ada pihak yang mempunyai motif tersembunyi terus menggembar-gemburkan isu Xinjiang dan Tibet untuk menyerang serta memburukkan imej China, serta menindas dan mengekang pembangunan negara.

“Kami (China) menentang sekeras-kerasnya perbuatan sedemikian,” kata Qin.

Sejak pelaksanaan Undang-undang Keselamatan Negara di Hong Kong, wilayah pentadbiran khas China itu kini berada di fasa baharu dan mengecapi semula kemakmuran selepas mengalami keadaan huru-hara, tegas beliau.

“Kami akan melaksanakan dasar ‘satu negara, dua sistem’ dengan teguh, menyeluruh dan tepat, dengan tegas menjaga kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara, mengekalkan kemakmuran dan kestabilan Hong Kong,” kata Qin.

Beliau turut menekankan bahawa pelepasan air tercemar akibat tragedi nuklear Fukushima ke dalam laut berkait rapat dengan keselamatan ekologi alam sekitar global dan hak kesihatan manusia sejagat.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *