Connect with us

Terkini

KDN sedia tambah baik pengurusan lokap & tahanan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan pindaan menyeluruh terhadap Kaedah-Kaedah Lokap 1953 bagi memastikan pengurusan lokap, tahanan dan hak asasi tahanan ditambah baik selari keperluan serta kehendak semasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KDN sedia tambah baik pengurusan lokap & tahanan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KDN sedang menyediakan pindaan terhadap Kaedah-Kaedah Lokap 1953 bagi memastikan pengurusan lokap, tahanan dan hak asasi tahanan ditambah baik selari keperluan serta kehendak semasa.
  • Langkah itu antara diambil PDRM bagi membendung isu kematian dalam tahanan.
  • “(Selain itu) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan tahanan di lokap serta pemeriksaan berkala oleh pihak berwajib untuk memastikan pematuhan arahan atau SOP pengurusan lokap dan tahanan diikuti,” – KDN
  • PDRM juga sedang mengkaji cadangan melekatkan notis peringatan ‘Hospital or Custody’ di setiap kereta polis sebagai peringatan untuk menghantar tahanan yang sakit atau cedera ke hospital bagi mendapatkan rawatan, dengan notis itu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan pindaan menyeluruh terhadap Kaedah-Kaedah Lokap 1953 bagi memastikan pengurusan lokap, tahanan dan hak asasi tahanan ditambah baik selari keperluan serta kehendak semasa.

KDN dalam jawapan yang disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan, langkah itu antara diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung isu kematian dalam tahanan.

“(Selain itu) menyediakan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan tahanan di lokap serta pemeriksaan berkala oleh pihak berwajib untuk memastikan pematuhan arahan atau SOP pengurusan lokap dan tahanan diikuti,” menurut KDN.

Jawapan itu dikemukakan kepada soalan Zahari Kechik (PN-Jeli) yang ingin tahu statistik kematian dalam tahanan bagi 2021 dan 2022 serta usaha kerajaan membendung insiden kematian dalam tahanan.

Menurut KDN, PDRM juga sedang mengkaji cadangan melekatkan notis peringatan ‘Hospital or Custody’ di setiap kereta polis sebagai peringatan untuk menghantar tahanan yang sakit atau cedera ke hospital bagi mendapatkan rawatan, dengan notis itu telah dipraktikkan oleh Polis United Kingdom.

Bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2022, kementerian itu menyatakan jumlah kematian tahanan di bawah jagaan polis yang direkodkan adalah 24 kes dengan 11 daripadanya berlaku di lokap polis manakala 13 lagi semasa tahanan menerima rawatan di hospital atau klinik atau dalam perjalanan ke hospital atau klinik.

Jumlah kematian dari 1 Jan 2021 hingga 31 Dis 2021 pula adalah 46 kes dan daripada jumlah itu sebanyak 14 adalah kematian dalam lokap, manakala 32 lagi semasa tahanan dalam perjalanan ke hospital atau klinik atau semasa menerima rawatan di hospital atau klinik.

Sementara itu, mengenai statistik siasatan, tuduhan dan sabitan di bawah Akta Hasutan 1948, KDN memaklumkan, sebanyak 367 kes telah dibuka sejak 2018 hingga tahun lepas iaitu sebanyak 66 kes pada 2018, 2019 (46 kes), 2020 (117 kes), 2021 (84 kes) dan 54 kes pada 2022.

Selain itu, sebanyak lima kes telah dituduh di mahkamah dengan tiga kes dijatuh hukum manakala dua kes lagi masih dibicara di mahkamah dalam tempoh yang sama.

Kementerian itu menjawab pertanyaan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai statistik siasatan, tuduhan dan sabitan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi lima tahun lepas.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *