Connect with us

Terkini

Siti Bainun akui Bella cedera semasa di rumahnya

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Abd Razali di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, mengakui kecederaan yang dialami remaja perempuan Sindrom Down dikenali Bella berlaku ketika di rumahnya di Kondominium Irama Wangsa, Wangsa Maju.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Siti Bainun akui Bella cedera semasa di rumahnya
Foto: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
  • Siti Bainun sahkan perkara itu selepas bersetuju dengan cadangan soalan semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria.
  • Pertanyaan itu merujuk kepada video dirakam oleh saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin ketika datang ke rumahnya pada 24 Jun 2021.
  • Dalam prosiding sama, Siti Bainun nafikan dia gagal jalankan tanggungjawabnya jaga Bella dan kanak-kanak lain sehingga langgar perintah jagaan ditetapkan.
  • Siti Bainun turut tidak setuju dengan cadangan soalan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas bahawa kanak-kanak termasuk Bella, tidak dijaga orang dewasa lain semasa ketiadaannya di rumah.
  • Dia juga nafikan tidak dapat jaga kanak-kanak kurang upaya dengan baik kerana tiada latar belakang pendidikan berhubung penjagaan kanak-kanak kurang upaya itu.

Kuala Lumpur: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Abd Razali di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, mengakui kecederaan yang dialami remaja perempuan Sindrom Down dikenali Bella berlaku ketika di rumahnya di Kondominium Irama Wangsa, Wangsa Maju.

Siti Bainun, 31, mengesahkan perkara itu selepas bersetuju dengan cadangan soalan semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria.

Pertanyaan itu merujuk kepada video yang dirakam oleh saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin ketika datang ke rumahnya pada 24 Jun 2021.

Zahida: Memandangkan Bella berada dalam jagaan kamu di rumah, saya katakan ke semua kecederaan itu berlaku semasa Bella berada di rumah kamu?

Siti Bainun: Setuju.

Zahida: Saya cadangkan kesemua kecederaan Bella dalam rakaman video adalah sama dengan kecederaannya apabila sampai di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Siti Bainun: Tak pasti.

Zahida: Saya cadangkan kesemua kecederaan dalam video adalah sama dengan gambar (barang kes) apabila Bella sampai di hospital.

Siti Bainun: Tak setuju.

Zahida: Kalau saya katakan ke semua gambar dalam video sama dengan kamu melihat Bella sebelum Zurianty jumpa Bella pada 24 Jun 2021.

Siti Bainun: Betul.

Zahida: Saya cadangkan memandangkan kesemua kecederaan itu berlaku semasa berada dalam rumah kamu, kamu mengabaikan Bella.

Siti Bainun: Tak setuju.

Dalam prosiding sama, Siti Bainun menafikan dia gagal menjalankan tanggungjawabnya menjaga Bella dan kanak-kanak lain sehingga melanggar perintah jagaan ditetapkan.

Siti Bainun turut tidak bersetuju dengan cadangan soalan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas bahawa kanak-kanak termasuk Bella, tidak dijaga orang dewasa lain semasa ketiadaannya di rumah.

Dia juga menafikan tidak dapat menjaga kanak-kanak kurang upaya dengan baik kerana tiada latar belakang pendidikan berhubung penjagaan kanak-kanak kurang upaya itu.

Pada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *