Connect with us

Antarabangsa

Wanita Afghanistan nantikan peluang pendidikan

Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAMA) di Afghanistan menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar wanita Afghanistan yang dihalang mendapatkan pendidikan. 

Published

on

Wanita Afghanistan nantikan peluang pendidikan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAMA) di Afghanistan menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar wanita Afghanistan yang dihalang mendapatkan pendidikan. 
  • Misi PBB menyifatkan larangan itu sebagai ‘pelanggaran hak asasi manusia dan tindakan memusnahkan masa depan rakyat.’
  • UNAMA menggesa kerajaan Taliban bertindak segera melindungi nyawa, mata pencarian dan masa depan rakyat Afghanistan.
  • Susulan rayuan PBB untuk membuka semula sekolah dan universiti, berjuta-juta gadis Afghanistan kini sedang menunggu keputusan muktamad.  

KABUL, 2 Syaaban 1444H, Khamis – Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAMA) di Afghanistan menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar wanita Afghanistan yang dihalang mendapatkan pendidikan. 

Pentadbiran Taliban menutup sesi persekolahan kepada pelajar perempuan di negara itu, melarang mahasiswa perempuan ke universiti dan menyekat golongan wanita bekerja untuk NGO. 

Misi PBB menyifatkan larangan itu sebagai ‘pelanggaran hak asasi manusia dan tindakan memusnahkan masa depan rakyat.’ 

Atas sebab itu, UNAMA menggesa kerajaan Taliban bertindak segera melindungi nyawa, mata pencarian dan masa depan rakyat Afghanistan.

Aktivis hak wanita Afghanistan juga memberi amaran mengenai akibat tindakan Taliban.

Dilaporkan, susulan rayuan PBB untuk membuka semula sekolah dan universiti, berjuta-juta gadis Afghanistan kini sedang menunggu keputusan muktamad.  

Keputusan itu akan dibuat oleh pemerintah Taliban yang mengambil sikap keras terhadap isu berkenaan. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author