Connect with us

Terkini

RUU kawalan produk tembakau akan dibentang semula

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat supaya penguatkuasaannya dapat dimulakan, tahun depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

RUU kawalan produk tembakau akan dibentang semula
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menerusi jawapan disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam (21 Februari), KKM memaklumkan telah membuat penelitian semula dan akan meneruskan pembentangan rang undang-undang berkenaan dengan pindaan yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas melalui Penyata yang disiarkan pada 5 Oktober tahun lepas.
  • RUU digubal dengan bacaan pertama serta kedua dibuat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Rakyat ke-14 pada Ogos 2022.
  • RUU berkenaan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menimbang Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk penelitian lanjut.
  • Pembentangan RUU itu tertangguh akibat pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022.  –  Kementerian Kesihatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat supaya penguatkuasaannya dapat dimulakan, tahun depan.

Menerusi jawapan disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam (21 Februari), KKM memaklumkan telah membuat penelitian semula dan akan meneruskan pembentangan rang undang-undang berkenaan dengan pindaan yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas melalui Penyata yang disiarkan pada 5 Oktober tahun lepas.

Ia bagi menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanyakan mengenai garis masa kementerian untuk menggubal Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Rang undang-undang itu telah digubal dengan bacaan kali pertama serta kedua dibuat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Rakyat ke-14 pada Ogos 2022.

Bagaimanapun, rang undang-undang berkenaan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menimbang Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk penelitian lanjut.

Menurut KKM pembentangan rang undang-undang itu tertangguh akibat pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022. 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *