Connect with us

Terkini

Menteri Ekonomi rujuk BNM mansuh caj ATM RM1

Menteri Ekonomi akan merujuk kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung isu pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran wang antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Published

on

Menteri Ekonomi rujuk BNM mansuh caj ATM RM1
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli 
  • “Apabila timbul isu, sudah tentu kita perlu rujuk kepada BNM. Dari situ baru kita boleh dapatkan pandangan dan kesimpulan secara holistik.” – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli 
  • “Ini kerana, perkara-perkara ini di bawah kawalan BNM yang mana mereka ada akta sendiri,” jelasnya.
  • Menurut Pakar Ekonomi, Mohammad Noorizzudin Nooh, pemansuhan caj RM1 yang dikenakan kepada pengguna tidak akan menggugat keuntungan pihak bank.
  • Bank-bank tempatan sudah pun mempunyai keuntungan yang tinggi dan ia tidak memberi kesan pengurusan mahupun sistem mereka, katanya.

 

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi akan merujuk kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung isu pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran wang antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

“Apabila timbul isu, sudah tentu kita perlu rujuk kepada BNM. Dari situ baru kita boleh dapatkan pandangan dan kesimpulan secara holistik.”

“Ini kerana, perkara-perkara ini di bawah kawalan BNM yang mana mereka ada akta sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut pandangan daripada Pakar Ekonomi, Mohammad Noorizzudin Nooh, pemansuhan caj RM1 yang dikenakan kepada pengguna tidak akan menggugat keuntungan pihak bank.

Menurutnya, bank-bank tempatan ini sudah pun mempunyai keuntungan yang tinggi dan ia tidak memberi kesan pengurusan mahupun sistem mereka.

Beliau turut menyeru pihak Kerajaan untuk mendengar luahan rakyat dengan meminta kepada institusi perbankan di Malaysia agar memansuhkan kadar caj berkenaan atau mengurangkannya kepada 50 sen.

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan melaporkan, pakar-pakar ekonomi menggesa agar caj RM1 transaksi ATM dimansuhkan berikutan ia membebankan pengguna selain ia dianggap seperti ‘rompakan’ secara terang-terangan.

 

Sumber: Samudera

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author