Connect with us

Terkini

Netizen bukan Islam tidak sensitif, sifatkan perarakan bantah pembakaran al-Quran sebagai ‘hipokrit’

Sebahagian netizen bukan Islam didapati mengherdik demonstrasi bantahan yang mengecam tindakan ahli politik anti-Islam Sweden, Rasmus Paludan membakar al-Quran pada Jumaat lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

netizen-bukan-islam-tidak-sensitif-sifatkan-perarakan-bantah-pembakaran-al-quran-sebagai-hipokrit
Gambar Perarakan kedutaan Sweden bantah bakar Al-Quran.
  • Netizen bukan Islam didapati mengherdik demonstrasi bantahan yang mengecam tindakan ahli politik anti-Islam Sweden, Rasmus Paludan membakar al-Quran pada Jumaat lalu.
  • Rata-rata mereka mengeluarkan komen tidak sensitif di media sosial, termasuk di ruangan komen berita mengenai demonstrasi itu, dengan sebahagian menyifatkan perarakan bantahan dari Masjid Al-Syakirin KLCC ke kedutaan Sweden di Jalan Tun Razak, sebagai tindakan hipokrit.
  • “Saya tidak maafkan cacian terhadap agama, tetap ini ialah hipokrasi. Mereka (orang Islam) sering menghina orang bukan Islam, tetapi bila mereka dihina mereka menyalahkan pihak lain. Tidak semua, tetapi kebanyakan adalah begini,” demikian komen pengguna Instagram just_nate33

KUALA LUMPUR: Sebahagian netizen bukan Islam didapati mengherdik demonstrasi bantahan yang mengecam tindakan ahli politik anti-Islam Sweden, Rasmus Paludan membakar al-Quran pada Jumaat lalu.

Rata-rata mereka mengeluarkan komen tidak sensitif di media sosial, termasuk di ruangan komen berita mengenai demonstrasi itu, dengan sebahagian menyifatkan perarakan bantahan dari Masjid Al-Syakirin KLCC ke kedutaan Sweden di Jalan Tun Razak, sebagai tindakan hipokrit.

“Saya tidak maafkan cacian terhadap agama, tetap ini ialah hipokrasi. Mereka (orang Islam) sering menghina orang bukan Islam, tetapi bila mereka dihina mereka menyalahkan pihak lain. Tidak semua, tetapi kebanyakan adalah begini,” demikian komen pengguna Instagram just_nate33 di bawah posting berita demonstrasi berkenaan di portal Free Malaysia Today.

2  Netizen bukan Islam tidak sensitif, sifatkan perarakan bantah pembakaran al-Quran sebagai 'hipokrit'

Tangkap layar daripada pengguna instagram

1  Netizen bukan Islam tidak sensitif, sifatkan perarakan bantah pembakaran al-Quran sebagai 'hipokrit'

Seorang lagi pengguna Instagram lionel_l33 berpendapat bahawa demonstrasi itu hanya akan meningkatkan lagi Islamofobia di Malaysia.

“Jangan hina agama kami. Kamu berhenti hina agama lain dulu, okay?” kata pengguna Instagram narveen_manickam.

Beberapa pengguna Instagram beragama Islam pula menzahirkan rasa kesal dan sedih terhadap sikap sesetengah orang bukan Islam di Malaysia yang meninggalkan komen berbaur Islamofobia.

“Di Malaysia pun ada Islamofobia. Tengok sahajalah pada komen-komen ini, amat menyedihkan. Saya fikirkan Malaysia berbeza dari negara lain,” kata akifazizuddin.

“Sebagai seorang Muslim, saya perlu sampaikan perkara ini, kenapa kita tidak menganjurkan acara membaca al-Quran beramai-ramai atau pusat dakwah untuk memberi pendedahan kepada orang yang bersikap Islamofobia tentang apa sebenarnya Islam, bukannya dengan melakukan demonstrasi.

“Mereka menggunakan cara mereka, kenapa tidak kita? Kenapa kita kena ikut cara golongan Islamofobia ini?” kata pengguna darkwave_enthusiast.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 1,000 individu menyertai perarakan ke Kedutaan Sweden susulan bantahan tindakan Paludan yang bertindak membakar al-Quran, bulan lalu.

Sumber: Instagram Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *