Terkini
Kelantan harap kerajaan Persekutuan percepat projek tangani banjir di Sungai Golok
Kerajaan Persekutuan diharap dapat mempercepatkan pembinaan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok bagi fasa dua dan tiga untuk menangani masalah banjir.
- Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata keadaan banjir di Rantau Panjang bergantung pada perkembangan projek tebatan dilaksanakan dan berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dapat cepatkan pelaksanaannya.
- “Keadaan banjir di Rantau Panjang bergantung pada pelaksanaan program tebatan fasa kedua dan ketiga.”
- “Kita harap dapat laksanakan dengan cepat untuk selamatkan kawasan kampung sekitar Rantau Panjang,” katanya.
KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan diharap dapat mempercepatkan pembinaan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok bagi fasa dua dan tiga untuk menangani masalah banjir.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata keadaan banjir di Rantau Panjang bergantung kepada perkembangan projek tebatan yang dilaksanakan dan berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dapat mempercepatkan pelaksanaannya.
“Keadaan banjir di Rantau Panjang bergantung kepada pelaksanaan program tebatan fasa kedua dan ketiga.
“Kita harap dapat dilaksanakan dengan cepat untuk menyelamatkan kawasan kampung sekitar Rantau Panjang,” katanya.
Beliau ditemui selepas majlis pelancaran Sistem Pengurusan Bencana (e-Bencana) Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Kampung Tersang dan Tok Deh di Rantau Panjang sekali lagi dilanda banjir sejak Jumaat lalu, kali ini membabitkan 60 rumah.
Penduduk mendakwa berdepan banjir empat kali tahun lalu dan kembali dengan masalah sama, tahun ini.
Anwar sebelum ini memberi jaminan akan mempercepatkan projek tebatan banjir PLSB Sungai Golok di Kelantan yang mampu mengurangkan bencana banjir.
Sumber: Berita Harian