Connect with us

Terkini

Isu Ambalat: Kerajaan Persekutuan digesa nyahklasifikasi kandungan Triti Laut Sulawesi

Kerajaan Persekutuan digesa menyahklasifikasikan dokumen perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani dengan Indonesia pada Jun lalu, bagi merungkai isu Ambalat yang dibangkitkan beberapa pihak.

Wartawan TMT

Published

on

Isu Ambalat: Kerajaan Persekutuan digesa nyahklasifikasi kandungan Triti Laut Sulawesi
Foto: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
  • Kerajaan Persekutuan digesa menyahklasifikasikan dokumen perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani dengan Indonesia pada Jun lalu, bagi merungkai isu Ambalat yang dibangkitkan beberapa pihak.
  • Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata langkah itu dapat menjawab sejauh mana Triti Laut Sulawesi ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, tidak membabitkan blok Ambalat.
  • “Kerajaan perlu menyahklasifikasikan kandungan dokumen perjanjian itu bagi menjawab spekulasi berhubung isu Ambalat, sekali gus menghentikan persoalan yang timbul ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
  • “Apatah lagi pakar maritim yang terbabit dalam usaha melindungi hak Wilayah Malaysia, memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian baharu untuk menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan dengan Indonesia,” katanya. 
  • Isu Ambalat dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal Alian, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, baru-baru ini, dengan antara lain mendakwa Malaysia menyerahkan Blok Ambalat kepada Indonesia.

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan digesa menyahklasifikasikan dokumen perjanjian persempadanan maritim yang ditandatangani dengan Indonesia pada Jun lalu, bagi merungkai isu Ambalat yang dibangkitkan beberapa pihak.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata langkah itu dapat menjawab sejauh mana Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, tidak membabitkan blok Ambalat.

Beliau berkata, pendedahan perjanjian itu juga dapat menoktahkan spekulasi dan kebimbangan rakyat berhubung sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi, seperti yang dikatakan kerajaan sebelum ini.

“Kerajaan perlu menyahklasifikasikan kandungan dokumen perjanjian itu bagi menjawab spekulasi berhubung isu Ambalat, sekali gus menghentikan persoalan yang timbul ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ronald berkata, Blok Ambalat seluas kira-kira 15,000 kilometer persegi di tengah wilayah pertikaian di luar pantai Sabah itu yang dikatakan mengandungi sumber minyak mentah terbesar di dunia dan dipertahankan Malaysia sejak sekian lama, tidak boleh digadai sama sekali.

“Apatah lagi pakar maritim yang terbabit dalam usaha melindungi hak Wilayah Malaysia, memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian baharu untuk menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan dengan Indonesia.

“Mereka berkata Malaysia tidak sepatutnya berkompromi terhadap tuntutannya ke atas kawasan tertentu. Kita tidak boleh bertolak ansur atau berkompromi dalam soal kedaulatan negara, khususnya perairan Sabah yang juga membabitkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta pelantar benua antara Malaysia dengan Indonesia,” katanya.

Justeru, Ahli Parlimen Beluran itu berkata, adalah penting untuk mendedahkan kandungan perjanjian yang dimeterai itu supaya spekulasi tidak berpanjangan, selain sebagai bukti jelas bahawa perjanjian berkenaan tidak membabitkan kawasan yang dirujuk Malaysia sebagai Blok ND6 dan Blok ND7 atau Ambalat.

Malah, beliau menekankan, laporan beberapa media baru-baru ini bahawa Malaysia dan Indonesia akan bekerjasama dalam penerokaan sumber minyak dan gas di Blok Ambalat, dengan merujuk kenyataan Ketua Pengarah Minyak dan Gas Indonesia, Tutuka Ariadji, adalah sesuatu yang merisaukan.

“Tindakan segera untuk menyahklasifikasikan kandungan perjanjian itu akan memberi pendedahan umum berhubung isu Ambalat, sekali gus merungkai keraguan serta kerisauan rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah,” katanya.

Isu Ambalat dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal Alian, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, baru-baru ini, dengan antara lain mendakwa Malaysia menyerahkan Blok Ambalat kepada Indonesia.

Bagaimanapun, perkara itu disangkal Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin yang menyifatkan dakwaan Assaffal itu sebagai fitnah serta mengelirukan rakyat, selain tidak bertanggungjawab dan boleh mengancam kedaulatan negara.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending