Connect with us

Antarabangsa

Parti bukan Islam di Indonesia desak Garuda benarkan pramugari berhijab

Terdapat desakan supaya pramugari syarikat penerbangan Garuda Indonesia dibenarkan memakai hijab ketika bertugas sebagai kru kabin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Parti bukan Islam di Indonesia desak Garuda benarkan pramugari berhijab
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Parti Gerindra, Andre Rosiade meminta syarikat penerbangan Garuda Indonesia benarkan pramugari pakai hijab dan menekankan peraturan mengenai etika berpakaian untuk kru kabin terutamanya kakitangan wanita.
  • “Indonesia adalah negara majoriti penduduk Islam. Kita boleh lihat dalam pelbagai syarikat penerbangan swasta lain sudah ramai pramugari berhijab. Tetapi di Garuda Indonesia, masih ada peraturan yang menghalang pramugari mengenakan busana muslimah dan berhijab menutup aurat.
  • “Walaupun Gerindra bukan parti Islam, Gerindra memahami aspirasi rakyat Indonesia yang majoritinya beragama Islam. Kami mahu memperjuangkannya dan meminta pihak pengurusan Garuda Indonesia dan kakitangan menilai semula peraturan cara berpakaian untuk kru kabin yang ingin menjalankan kewajipan menutup aurat dan berhijab,” katanya.

JAKARTA: Terdapat desakan supaya pramugari syarikat penerbangan Garuda Indonesia dibenarkan memakai hijab ketika bertugas sebagai kru kabin.

Desakan itu mendapat sokongan Timbalan Presiden, Ma’ruf Amin selepas persoalan ditimbulkan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Parti Gerindra, Andre Rosiade yang menghargai lembaga pengarah dan pengurusan Garuda Indonesia kerana terus mencatatkan peningkatan prestasi.

Bagaimanapun, Andre meminta syarikat itu membenarkan pramugarinya memakai hijab dan menekankan peraturan mengenai etika berpakaian untuk kru kabin terutamanya bagi kakitangan wanita.

Katanya, sebagai sebuah syarikat penerbangan kebanggaan negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, beliau melihat Garuda Indonesia tidak menyediakan peraturan untuk pramugari yang berhijab secara menyeluruh.

“Indonesia adalah negara dengan majoriti penduduk Islam. Kita boleh lihat dalam pelbagai syarikat penerbangan swasta lain sudah ramai pramugari yang berhijab. Tetapi di Garuda Indonesia, masih ada peraturan yang menghalang pramugari mengenakan busana muslimah dan berhijab untuk menutup aurat.

“Walaupun Gerindra bukan parti Islam, Gerindra memahami aspirasi rakyat Indonesia yang majoritinya beragama Islam.

“Kami mahu memperjuangkannya dan meminta pihak pengurusan Garuda Indonesia dan kakitangan menilai semula peraturan cara berpakaian untuk kru kabin yang ingin menjalankan kewajipan menutup aurat dan berhijab,” kata Andre.

Dalam pada itu Ma’ruf Amin berkata, beliau akan membuat pemeriksaan sama ada peraturan larangan berhijab benar-benar wujud dalam syarikat penerbangan itu.

Katanya, larangan pemakaian hijab bagi pramugari adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.-AGENSI

Sumber: Utusan

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *