Antarabangsa
Iklan tampilkan pemain Muslimah berhijab cetus kemarahan puak sayap kanan Perancis
Sebuah iklan memaparkan pemain bolasepak Muslimah berhijab, keluaran perniagaan kosmetik multinasional Sephora, mencetuskan kemarahan kumpulan sayap kanan Perancis.

- Sebuah iklan memaparkan pemain bolasepak Muslimah berhijab, keluaran perniagaan kosmetik multinasional Sephora, mencetuskan kemarahan kumpulan sayap kanan Perancis.
- Video promosi itu memaparkan temu bual dengan ahli Les Hijabeuses, sebuah kumpulan advokasi hak pemakaian tudung di padang, dan rakaman rutin harian mereka.
- “Wanita-wanita ini menyokong peningkatan diri, semangat berpasukan, semangat juang, serta keterangkuman. Kami mengikuti (mereka) dari rutin kecantikan mereka sehingga ke padang bola,” demikian tulisan kapsyen video itu dalam bahasa Perancis.
- Beberapa pengguna media sosial dan ahli politik berhaluan kanan menyeru Sephora diboikot dan menuduh perusahaan itu mempromosikan “pengislaman Perancis”.
Sebuah iklan memaparkan pemain bolasepak Muslimah berhijab, keluaran perniagaan kosmetik multinasional Sephora, mencetuskan kemarahan kumpulan sayap kanan Perancis.
Video promosi itu memaparkan temu bual dengan ahli Les Hijabeuses, sebuah kumpulan advokasi hak pemakaian tudung di padang, dan rakaman rutin harian mereka.
“Wanita-wanita ini menyokong peningkatan diri, semangat berpasukan, semangat juang, serta keterangkuman. Kami mengikuti (mereka) dari rutin kecantikan mereka sehingga ke padang bola,” demikian tulisan kapsyen video itu dalam bahasa Perancis.
Beberapa pengguna media sosial dan ahli politik berhaluan kanan menyeru Sephora diboikot dan menuduh perusahaan itu mempromosikan “pengislaman Perancis”.
“Sephora mempromosikan tudung walaupun ia dilarang dalam sukan. Sungguh memalukan!,” demikian ciapan Timbalan Perhimpunan Kebangsaan Perancis, Nicolas Dupont-Aignan di platform media sosial X.
Perancis yang merupakan tempat tinggal populasi terbesar umat Islam dalam Kesatuan Eropah (EU) menetapkan larangan pemakaian hijab dalam perlawanan dan pertandingan rasmi Persekutuan Bola Sepak Perancis.
Here we go again. French politicians are calling for a boycott of Sephora France for their advertisement featuring Les Hijabeuses ( who I think are super cool ) a french football team of Muslim women founded in 2020. As usual these racists use the excuse of “protecting France”. https://t.co/RVfDkAAisd
— LOUIS (@LouisPisano) September 12, 2023
Polisi itu juga bukan sesuatu yang sepi dari kritikan apabila aktivis pejuang hak wanita turut menyifatkannya bersifat perkauman, diskriminasi dan penghalang kesaksamaan jantina dalam sukan.
Les Hijabeuses dilancarkan pada 2020 oleh sebuah kumpulan keadilan sosial, Citizen Alliance, berusaha membatalkan larangan itu selain turut mengadakan perlawanan awam sebagai sebahagian usaha advokasi mereka.
Sumber: Middle East Eye
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak