Connect with us

Antarabangsa

Thailand edar 95 juta kondom percuma bendung penyakit kelamin, hamil bawah umur

Thailand merancang untuk mengagihkan kira-kira 95 juta kondom percuma bagi membendung penyakit kelamin (STD) dan kehamilan bawah umur dalam kalangan remaja di negara itu, demikian lapor Bloomberg.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Thailand edar 95 juta kondom percuma bendung penyakit kelamin, hamil bawah umur
Foto: Gambar sekadar hiasan.

BANGKOK – Thailand merancang untuk mengagihkan kira-kira 95 juta kondom percuma bagi membendung penyakit kelamin (STD) dan kehamilan bawah umur dalam kalangan remaja di negara itu, demikian lapor Bloomberg.

Usaha itu bagi menggalakkan penduduk negara itu melakukan hubungan seks secara selamat menjelang Hari Valentine.

Jurucakap kerajaan Thailand, Rachada Dhnadirek berkata  pemegang kad penjagaan kesihatan sejagat layak menerima 10 kondom seminggu selama setahun berkuat kuasa semalam.

“Kondom itu boleh didapati dalam empat saiz di farmasi dan unit penjagaan primer di hospital seluruh negara.

“Kempen untuk memberikan kondom percuma kepada pemegang kad emas bakal membantu mencegah penyakit dan menggalakkan kesihatan awam,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. 

Antara penyakit yang mahu dicegah kerajaan ialah sifilis, kanser serviks, gonorrhea, klamidia dan AIDS.

Menurut data rasmi, Thailand menyaksikan peningkatan dalam penyakit STD beberapa tahun kebelakangan ini dengan sifilis dan gonorrhea menyumbang kepada lebih separuh kes pada 2021.

Data menunjukkan kumpulan umur yang paling terjejas adalah individu berusia di antara 15 hingga 19 tahun dan 20 hingga 24 tahun.

Kira-kira 50 juta daripada hampir 70 juta rakyat Thailand mendaftar dalam skim penjagaan kesihatan sejagat kerajaan yang juga dikenali sebagai kad emas.

Kad itu digunakan untuk menerima beberapa rawatan perubatan di hospital awam dan swasta terpilih.

 

Sumber: Bloomberg

Author